
Mohamed Azmi Mahmood
KUALA LUMPUR: AMMB Holdings Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Mohamed Azmi Mahmood sebagai Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan berkuat kuasa 2 April, 2015.
Beliau akan mengambil alih jawatan itu daripada Ashok Ramamurthy yang akan menamatkan kontrak sebagai Pengarah Urusan Kumpulan pada 1 April, 2015, kata bank itu dalam satu kenyataan.
Proses mengenal pasti pengarah urusan baharu kumpulan itu sedang berjalan, katanya.
Mohamed Azmi dilantik sebagai Timbalan Pengarah Urusan pada 2 April, 2012.