suria

Keuntungan Sarawak Plantation Naik

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Sarawak Plantation Bhd untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2014, naik secara signifikan kepada RM70.04 juta daripada RM44.56 juta yang direkodkan dalam tahun sebelum ini.

Pendapatan meningkat kepada RM389.9 juta, dalam tempoh di bawah kajian, daripada RM362.05 juta yang dicatatkan sebelum ini, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa.

Katanya, peningkatan itu adalah disebabkan perubahan arah kerugian penurunan nilai pembayaran deposit untuk perolehan kepentingan ekuiti dalam empat syarikat perladangan.

Keputusan positif ini juga terkait dengan purata realisasi harga jualan serta jumlah jualan minyak kelapa sawit mentah yang lebih tinggi.

Sarawak Plantation

Artikel Lain