Keuntungan Sebelum Cukai Tasek Corporation RM136.32 Juta - Niaga | mStar

Keuntungan Sebelum Cukai Tasek Corporation RM136.32 Juta

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Tasek Corporation Bhd meningkat kepada RM136.32 juta bagi tahun kewangan penuh yang berakhir pada 31 Dis, 2014, daripada RM121.04 juta pada 2013.

Hasil meningkat kepada RM656.06 juta daripada RM577.01 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, pengeluar simen itu berkata prestasi baik tersebut adalah disebabkan oleh permintaan simen yang tinggi dalam pasaran domestik dan peningkatan harga konkrit siap-campur.

"Projek transit aliran kapasiti tinggi (MRT) yang sedang dibina sekarang dan lanjutan laluan transit aliran ringan (LRT) dijangka terus menerajui pertumbuhan sektor pembinaan bagi suku pertama 2015," kata syarikat itu. 

Tasek Corporation

Artikel Sebelum

AirAsia Catat Pertumbuhan Penumpang Tujuh Peratus

Artikel Berikut

Artikel Lain

Sufi selamat bergelar suami Nurulain

Timbalan menteri di JPM meninggal dunia