suria

Suzuki Buka Pusat 3S Di Jalan Klang Lama

Pengara Regal Motors Holdings Sdn Bhd, Tengku Uzzaam Uzir, Keiichi Suzuki dan Philip How di majlis perasmian pusat 3S Suzuki di Jalan Klang Lama, Selasa.

KUALA LUMPUR: Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd telah bekerjasama dengan pengedar kereta, Regal Motors Holdings Sdn Bhd, bagi membuka sebuah pusat 3S (jualan, perkhidmatan alat ganti) di Jalan Klang Lama, Selangor.

Suzuki dalam kenyataan pada Selasa, berkata pusat yang menelan belanja sebanyak RM500,000 itu, merupakan yang ke-33 dalam negara ini, memiliki enam ruang perkhidmatan dan dikendalikan oleh pasukan juruteknik yang terlatih.

"Bilik pameran akan menampilkan model terkini Suzuki yang ada untuk pasaran Malaysia.

"Dengan mengembangkan rangkaian, kami akan dapat memenuhi keperluan asas pelanggan, dengan menyediakan akses kepada sistem sokongan yang boleh dipercayai dan perkhidmatan selepas jualan yang berdedikasi," katanya.

Pengarah Urusan Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd, Keiichi Suzuki, berkata pengembangan rangkaian ini akan membolehkan syarikat itu menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk melayan jumlah pelanggan yang semakin bertambah.

"Kami juga akan mampu menyediakan sistem sokongan yang lebih baik dan penjagaan selepas jualan yang berdedikasi," katanya.

Pengarah Urusan Regal Motors, Philip How berkata syarikat itu berhasrat untuk mewujudkan persekitaran yang mesra dan pengalaman pemilikan yang memuaskan.

Artikel Lain