suria

Bursa Malaysia Lanjutkan Penggantungan Nakamichi

KUALA LUMPUR: Dagangan saham syarikat Nakamichi Corporation Bhd, akan terus digantung sehingga notis selanjutnya, kata pihak Bursa Malaysia.

Ini berikutan kegagalan syarikat itu mengemukakan laporan berkala bagi tempoh kewangan berakhir 30 September, 2014, yang harus dikeluarkan dalam jangka masa ditetapkan.

Bursa tempatan itu dalam satu kenyataan Jumaat berkata, Bursa Sekuriti akan bertindak menggantung dagangan syarikat yang tersenarai itu jika ia gagal mengeluarkan laporan kewangan tertunggak dalam tempoh lima hari pasaran selepas tamatnya jangka masa yang ditetapkan.

Saham syarikat itu telah digantung daripada dagangan sejak 9 September, 2013.

Bursa Malaysia, Nakamichi

Artikel Sebelum

Artikel Lain