suria

AirAsia X Lancar Tempahan Pelbagai Bandar

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh, AirAsia X pada Khamis telah melancarkan pilihan tempahan penerbangan pelbagai bandar bagi memudahkan tempahan bagi mereka yang merancang menggunakan penerbangan melalui rangkaiannya.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata pelanggan boleh menempah sekurang-kurangnya dua penerbangan dan maksimum enam penerbangan dalam satu transaksi.

"Bergantung kepada pilihan destinasi dan jenis tambang, pelanggan boleh menembah beberapa penerbangan bagi perjalanan yang sama dan menempah Kelas Perniagaan dan tambang Premium Flex untuk satu tempat ke satu tempat serta bagi penerbangan laluan.

"Sebagai contoh, penumpang boleh menempah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing diikuti oleh satu penerbangan dari Shanghai ke Sydney," katannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Azran Osman Rani, berkata pilihan ini membolehkan mereka tiba atau berlepas dari lapangan terbang yang berbeza dengan mengambil peluang daripada rangkaian penerbangan syarikat itu yang sangat luas.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari www.airasia.com.


AirAsia x

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain