suria

Saving Plus Sasar Peningkatan Pendapatan

KUALA LUMPUR: Saving Plus Sdn Bhd menyasar untuk meningkatkan pendapatannya antara tiga dan empat kali ganda tahun depan melalui pengiklanan serta pengenalan perkhidmatan dan produk baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Liew Ooi Hann berkata syarikat kini memberi tumpuan untuk membolehkan pelanggan mendapat tawaran terbaik di bawah platformnya, RinggitPlus.com dan SaveMoney.my.

"Atas dasar itu, kami yakin bahawa kami boleh berkembang, bukan sahaja pada jumlah promosi yang kami ada tetapi peningkatan dalam jumlah produk yang kami jual," kata Liew pada sidang media, Isnin.

Saving Plus dibentuk melalui penggabungan antara RinggitPlus.com, sebuah laman aplikasi dan perbandingan kewangan, manakala SaveMoney.my, merupakan laman pendidikan kewangan peribadi.

Kumpulan ini mempunyai 50 pekerja di Malaysia dan Indonesia.

Liew merupakan pengasas SaveMoney.my, manakala rakan kongsinya, Siew Yuen Tuck mengasaskan RinggitPlus.com.

Secara kolektifnya, RinggitPlus.com dan SaveMoney.my mencapai 500,000 pengguna dewasa setiap bulan di Malaysia dengan lebih daripada 120,000 anggota.

Kumpulan itu berharap untuk menghasilkan lebih daripada 100,000 aplikasi produk tahun ini.

Siew, yang juga Pengarah Eksekutif Saving Plus untuk Pembangunan Perniagaan berkata, kumpulan itu bersedia untuk mencapai pendapatan berjumlah RM3.3 juta tahun ini.


Saving Plus Sdn Bhd

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain