Great Eastern Manfaat Pelanggan Bank Muamalat Jual Produk Takaful - Niaga | mStar

Great Eastern Manfaat Pelanggan Bank Muamalat Jual Produk Takaful

Zhafri Abdul Halim

KUALA LUMPUR: Great Eastern Takaful Bhd menjalin kerjasama dengan Bank Muamalat Malaysia Bhd sebagai sebahagian daripada strateginya untuk memaksimumkan penawaran produknya dalam pasaran, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zhafri Abdul Halim.

Di bawah perjanjian pengedaran bancatakaful, Great Eastern akan memanfaatkan kira-kira 700,000 pelanggan Bank Muamalat untuk memperkenalkan pelan takaful keluarga pertamanya, M-Tiara Hajj.

Bank itu akan menambah baik penawaran produknya kepada pasaran, katanya.

"Ketika ini, tiga produk takaful berkaitan kredit yang berkaitan dengan pinjaman rumah, sewa beli dan pinjaman peribadi boleh didapatkan di Bank Muamalat. Bagi makluman, pelan takaful keluarga berkaitan pelaburan kami, i-Great Bakti, setakat ini ditawarkan menerusi Bank Muamalat.

"Menjalin kerjasama dengan Bank Muamalat sudah pastinya satu strategi positif bagi kami. Kami yakin kami dapat memaksimumkan potensi kami dalam menyediakan penyelesaian kewangan holistik kepada pengguna," kata Zhafri kepada pemberita selepas majlis permeterian kerjasama itu, di sini, Selasa.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Bank Muamalat, Attar Salleh berkata bank itu menyasar memperoleh 3,000 pelanggan takaful susulan pelancaran pelan M-Tiara Hajj, dalam tahun kewangannya yang berakhir pada 31 Mac, 2015.

"Kami membuat pelancaran awal produk itu tiga bulan lalu, dan mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai, walaupun kempen promosi dan pendedahan produk itu belum cukup meluas," kata Attar.

Bank Muamalat merupakan bank Islam sepenuhnya dengan 80 peratus pelanggannya orang Islam dan 20 peratus bukan Islam.

Pelan M-Tiara Hajj, menyediakan pelbagai perlindungan dan manfaat bantuan kewangan kepada orang Islam yang akan menunaikan ibadah Haji di Makkah dengan kadar sumbangan bermula daripada RM100 sebulan. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain