suria

TM, Net2One Meterai Kerjasama Khidmat Borong

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) memeterai perkongsian strategik dengan Net2One Sdn Bhd (Net2One) yang juga pemain baharu dalam industri telekomunikasi tempatan.

Menurut TM, kerjasama itu bagi membolehkan TM dan Net2One memanfaatkan kepakaran utama masing-masing untuk meningkatkan perkhidmatan dan hubungan yang lebih baik kepada pengguna.

"Kerjasama ini menguatkan lagi sokongan TM terhadap gesaan kerajaan bagi perkongsian prasarana rangkaian selain mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai pembekal perkhidmatan borong yang neutral," kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan TM, Datuk Bazlan Osman, dalam kenyataan, Jumaat.

Net2One, syarikat di bawah Altel Holdings Sdn Bhd, berhasrat menjadi pembekal penyelesai telekomunikasi yang inovatif dan dipercayai.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Altel Holdings, Nik Abdul Aziz Nik Yaacob, menyifatkan perkongsian itu mampu memberi tambah nilai kepada Kumpulan Altel, khususnya Altel Communications dan MYTV Broadcasting selain menjadi pendekatan berkesan bagi memantapkan operasi perniagaan.

TM, Net2One, telekomunikasi

Artikel Sebelum

Artikel Lain