PRM Food Bangunkan Kilang Padi, Perkukuh Kedudukan Di Pantai Timur - Niaga | mStar

PRM Food Bangunkan Kilang Padi, Perkukuh Kedudukan Di Pantai Timur

MARANG: PRM Food and Marketing Sdn Bhd (PRM Food) melabur RM6.8 juta bagi membangunkan kilang padi di sini, dalam usaha memperkukuh kedudukannya sebagai pengilang dan pengedar produk makanan di pantai timur.

Pengarah Urusannya, Ramli Muda berkata, kilang yang dijangka beroperasi Januari 2014 itu akan melengkapi kilang tepung dan kilang bihun syarikat yang berpangkalan di Kawasan Perindustrian Marang di Bukit Kor di sini.

"Antara barang yang kita pasarkan sekarang ialah beras dan pulut berjenama Era Mas serta tepung beras, tepung jagung, tepung kanji, tepung sagu serta bihun berjenama Cap Tiga Teratai," katanya kepada Bernama.

Menurut usahawan berusia 55 tahun itu, pada peringkat awal perniagaan beliau mendapatkan bekalan tepung dari Thailand sebelum diedarkan ke kedai-kedai di pantai timur.

"Dua belas tahun lalu, apabila kedudukan syarikat semakin teguh, kami bangunkan kilang memproses tepung bernilai RM5 juta dan kilang bihun bernilai RM4.4 juta bagi memproses sendiri produk edaran kami," katanya yang dibantu isteri Cik Minah Mohd Amin.

Katanya, kewujudan kilang padi itu akan mengurangkan kos bahan mentah syarikat yang selama ini mendapatkan bekalan dari luar. 


PRM Food , Era Mas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta

Maut terlebih makan durian