Malindo Air Mula Operasi Laluan Baharu Melaka-Kota Bharu - Niaga | mStar

Malindo Air Mula Operasi Laluan Baharu Melaka-Kota Bharu

KUALA LUMPUR: Malindo Air akan memulakan perkhidmatan di laluan baharu, Melaka-Kota Bharu, empat kali seminggu, masing-masing pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.


Berkuat kuasa 21 November, penerbangan dari Kota Bharu akan berlepas pada 10.40 pagi dan tiba di Melaka pada 12.15 tengah hari, manakala penerbangan balik pada 12.40 tengah hari dan tiba di Kota Baharu pada 2.15 tengah hari.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, sebagai syarikat penerbangan hibrid, ia mahu memperkukuh kedudukannya dalam sektor domestik, dan teruja dengan pengenalan laluan baharu itu.

"Belum ada syarikat penerbangan lain yang menawarkannya. Dengan penambahan laluan ketiga Melaka dalam sebulan, kami mahu meluaskan lagi potensi sebagai hab antarabangsa di Asia Tenggara," katanya.

Malindo Air , Chandran Rama Muthy

Artikel Sebelum

Import Minyak Makan India Mencecah AS$15 Bilion

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain