suria

Dana Modal Teroka Malaysia Labur RM11.6 Juta Di Pakistan

NEW DELHI: Dana modal teroka Malaysia, Frontier Digital Ventures (FDV), akan melabur US$3.5 juta (RM11.6 juta) untuk laman web automobil Pakistan, PakWheels.com, demikian menurut laporan berita.


"Asas pengguna Internet Pakistan dijangka berkembang kepada 100 juta pengguna menjelang 2019 dan kami mahu melaksanakan apa sahaja untuk kereta bagi populasi dalam talian ini," kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif PakWheels.Com, Muhammad Raza Saeed, yang dipetik sebagai berkata oleh The Nation, Pakistan.

Pembiayaan akan membantu mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin, meningkatkan perkhidmatan sedia ada dan membangunkan penawaran baharu, laporan akhbar harian berbahasa Inggeris itu.

FDV memberi tumpuan untuk menjadi peneraju dunia dalam perniagaan berbayar secara dalam talian di kawasan baharu dan pasaran pesat membangun dan di laman webnya itu menyatakan bahawa syarikat itu mempunyai kepakaran dalam ruang iklan dalam talian dengan tumpuan khusus kepada automotif dan harta selain laman web Iklaneka umum.

PakWheels.com, yang ditubuhkan pada 2003, muncul sebagai laman web automobil terbesar berasaskan komuniti di Pakistan dengan lebih 300,000 kenderaan berdaftar dan peminat motosikal.

Kira-kira 18 juta laman dibaca di laman itu setiap bulan, carian mengenai kereta dan motosikal jenama baharu selain membincangkan isu-isu berkaitan auto bersama anggota lain.


FDV, Pakistan, PakWheels.com

Artikel Lain