suria

Matrade Anjur Misi Maritim Ke Dammam, Dubai

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menganjurkan satu misi pemasaran khas bagi industri maritim ke Dammam, Arab Saudi dan Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersempena dengan Seatrade Middle East Maritime (SMEM) bermula 25 hingga 31 Oktober, 2014. 


"Sorotan utama program ini ialah mesyuarat perniagaan yang diatur terlebih dahulu antara delegasi Malaysia dan pelanggan berpotensi," kata Matrade dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Dalam tempoh 11 tahun sejak pelancarannya pada 2003, SMEM telah mengukuhkan kedudukannya sebagai platform bagi peserta maritim untuk menjalankan perniagaan, menjalin rangkaian dan melancarkan produk dan perkhidmatan baharu.

Pameran dua tahun sekali itu yang diadakan di Dubai International Convention and Exhibition Centre, merupakan acara terbesar seumpamanya di rantau tersebut dan akan menyediakan pintu masuk ke Bahrain, Asia Tengah, Mesir, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan UAE, kata perbadanan itu. 


Matrade, Dammam, SMEM

Artikel Berikut

Artikel Lain