Proton Iriz Ke Eropah Mac 2015 - Niaga | mStar

Proton Iriz Ke Eropah Mac 2015

Proton Iriz dijangka akan dipasarkan ke Eropah menjelang Mac 2015.

SUBANG JAYA: Proton Holdings Bhd menyasarkan kereta kompak Proton, Iriz akan menembusi pasaran Eropah dalam tempoh enam bulan akan datang.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, bagi mencapai sasaran itu, Proton sedang membangunkan model Iriz panduan kiri bagi memenuhi keperluan eksport tersebut.

"Kami akan pasarkan ke Eropah, sudah tentu ia akan bermula di pasaran panduan kanan dan kemudian kami akan bangunkan model Iriz dengan panduan kiri bersama dengan keperluan pasaran itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan prototaip terbaharu Proton yang dikenali Iriz Active di sini pada Ahad.

Munurut bekas Perdana Menteri itu, Iriz Active akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Iriz Active dilengkapi pelbagai teknologi terkini termasuk sistem brek kecemasan berautonomi (Adas).

Baru-baru ini Proton melancarkan model Iriz yang disebut-sebut sebagai kereta terbaik dihasilkan oleh syarikat itu setakat ini.

Iriz dipasang dengan enjin Pemasaan Injap Berubah empat silinder yang memenuhi standard Euro-4 selain penarafan keselamatan 5-bintang Program Penilaian Kereta Baharu Asean.

Kereta itu yang dijual pada harga daripada RM42,438 ke RM58,268, dilengkapi ciri-ciri yang lazim terdapat dalam kereta mewah atau jenama antarabangsa berharga lebih RM100,000.

Proton , Iriz , Iriz Active

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Zaniz Heritage Sasar Tembusi Pasaran Luar Negara

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.