suria

GST Turunkan Harga Kereta Mercedes Benz

SHAH ALAM: Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun depan dijangka menurunkan harga kereta Mercedes Benz.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd, Kai Schlickum, berkata syarikat masih menentukan dari segi harga.

"Penurunan harga mungkin berlaku tetapi kami belum pasti lagi," katanya kepada Bernama selepas melancarkan model Mercedes-Benz C-Class yang baharu C200 dan C250 di sini, Rabu.

Schlickum berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kemungkinan impak kepada harga kereta Mercedes Benz selepas pelaksanaan GST mulai 1 April, 2015.

Mengenai penguasaan pasaran Mercedes Benz ketika ini, Schlickum berkata ia adalah kira-kira 34 peratus.

Pada awal bulan ini, Institut Automatif Malaysia (MAI) berkata GST mampu merangsang permintaan ke atas kenderaan berikutan pemansuhan pemansuhan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sebanyak 10 peratus yang menyebabkan penurunan harga.

Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Mercedes-Benz berkata, melalui Mercedes-Benz Financial, ia akan melancarkan tawaran sewa beli tunggakan akhir bagi C200 dan C250.

"Berdasarkan sewa beli tunggakan akhir, peminat kereta mencari yang dinaik taraf atau pembeli baharu boleh memiliki, misalnya , C200 Avantgarde, yang berharga RM285,888 bagi RM100 sehari dengan 20 peratus bayaran pendahuluan dan tempoh selama 60 bulan," katanya. 

Mercedes Benz, GST

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain