NCIA Setuju Jayakan Projek Hospital, Lebuh Raya - Niaga | mStar

NCIA Setuju Jayakan Projek Hospital, Lebuh Raya

BANDAR BAHARU: Projek membina sebuah hospital dan lebuh raya Bagan Samak-Sungai Petani akan menjadi kenyataan apabila Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bersetuju menjayakan projek itu bersama kerajaan pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi Negeri, Sabrina Mohd Noor berkata pihaknya telah berbincang secara serius dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NCIA, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak tentang usaha menjayakan projek itu.

"Kedua-dua projek itu merupakan antara manifesto Barisan Nasional (BN) pada kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu dan sasarannya kini telah hampir dicapai dengan kerjasama kerajaan pusat dan NCIA," katanya kepada pemberita selepas majlis Kembara Seindah Syawal 2014 anjuran NCIA di perkarangan Masjid Al-Ridzuan, kampung Celong di sini, Isnin.

Katanya, dengan adanya sebuah lebuh raya baharu yang jaraknya kira-kira 80 kilometer itu, ia akan merancakkan lagi ekonomi di beberapa kawasan seperti Sungai Kob, Padang Serai dan pekan Mahang.

"Lebuh raya ini akan memendekkan jarak antara daerah Bandar Baharu dengan Sungai Petani hampir 20 kilometer di samping laluan akan lebih lancar," katanya.

Sementara itu, Redza berkata agenda pembangunan yang ditekankan NCIA adalah berteraskan kesaksamaan dengan warga setempat bagi memastikan faedah dapat dirasai bersama.

Beliau berkata NCIA akan turut membantu bagi melahirkan struktur pembangunan sokongan yang dapat membantu mempercepatkan projek seperti hospital dan lebuh raya berkenaan.

"Ini adalah kerana kedua-dua projek tersebut memang amat diperlukan golongan rakyat majoriti di daerah ini," katanya.


NCIA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain