Takaful Ikhlas Rancang Kerjasama Dengan JPN Bagi Penyerahan i-BRIM - Niaga | mStar

Takaful Ikhlas Rancang Kerjasama Dengan JPN Bagi Penyerahan i-BRIM

KUALA LUMPUR: Takaful Ikhlas Bhd satu daripada pengendali Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) merancang bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendapatkan maklumat mengenai kematian ketua isi rumah agar memudahkan penyaluran bantuan kepada waris.


Naib Presiden Kanan dan Ketua Operasi Keluarganya, Rozhan Yusof bagaimanapun berkata, proses itu akan mengambil masa kerana ia memerlukan penelitian bagi menentukan kerjasama tersebut praktikal atau sebaliknya.

"Masih ramai waris yang tidak tahu tentang kebaikan i-BR1M. Ini terbukti menerusi pemantauan yang dijalankan.

"Malah, ada waris yang tidak tahu tentang kewujudan i-BR1M kerana mereka tidak dimaklumkan oleh ketua isi keluarga dan tiada rujukan setelah kematian mereka," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Tempoh perlindungan i-BR1M adalah dari 1 Januari hingga 31 Disember 2014.

Katanya setakat ini pihaknya menerima kira-kira 15,000 tuntutan bernilai RM36 juta, dengan 93 daripadanya membabitkan kes kematian biasa, manakala tujuh peratus lagi adalah kes kematian akibat kemalangan.

Rozhan menambah pihaknya kini sedang meneliti permintaan daripada orang ramai untuk dipertimbangkan oleh kerajaan sekiranya bantuan i-BR1M diteruskan pada tahun hadapan.

Beliau berkata, antara permintaan berkenaan adalah manfaat kemasukan ke hospital dan kenaikan kadar manfaat akibat kematian biasa kepada lebih dari RM1,000 yang ditetapkan sekarang.

i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isi rumah/keluarga, yang bertujuan membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Sebanyak empat juta ketua isi rumah layak menerima perlindungan takaful i-BR1M bernilai RM50 bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Sebarang pertanyaan mengenai i-BR1M, boleh hubungi hotline 03-27162716 atau e-mel i-BR1M

Takaful Ikhlas Bhd , i-BRIM

Artikel Berikut

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain