suria

Untung Pracukai Suku Ke-2 Amway Meningkat Kepada RM35.22 Juta

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Amway (M) Holdings Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2014 meningkat 2.6 peratus kepada RM35.22 juta daripada RM32.04 juta dalam suku yang sama pada 2013.

Bagaimanapun, pendapatannya susut kepada RM193.51 juta daripada RM195.36 juta.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Rabu, Amway berkata, pendapatan daripada jualan kumpulan itu merosot 9.3 peratus bagi suku dalam kajian berbanding suku sebelumnya.

Ini terutamanya disebabkan oleh peningkatan produktiviti pengedar yang dicapai dalam suku pertama, ekoran program-program jualan dan pemasaran.

Sementara itu, kenaikan keuntungan sebelum cukai kumpulan pada asasnya disebabkan oleh penyusutan perbelanjaan yang ditanggung.

Tentang prospek bagi tahun kewangan semasa, kata Amway, berdasarkan arah aliran semasa, kumpulan itu menjangkakan pendapatan jualan kekal seperti tahun sebelumnya.

Dividen awal tier tunggal kedua sebanyak 10.0 sen bersih sesaham telah diisytiharkan oleh syarikat itu. 


 

Artikel Lain