suria

Bina Puri Peroleh Kontrak RM115.42 Juta

KUALA LUMPUR: Bina Puri Sdn Bhd, anak syarikat Bina Puri Holdings Bhd, telah memperoleh kontrak bernilai RM115.42 juta untuk membina sebuah hostel dalam kampus Universiti Malaysia Sabah di Kota Kinabalu.

"Dengan kontrak terbaru ini, projek diperolehi yang belum dibina sehingga kini bernilai RM2.18 bilion," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Bina Puri Holdings berkata, anak syarikatnya itu menerima surat pemberian kontrak berkenaan daripada Arkitek TM bagi pihak Likas Bay Precinct Sdn Bhd pada 2 Julai lalu bagi menyiapkan hostel itu dalam tempoh 28 bulan.


Bina Puri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain