suria

Epson Sasar Pertumbuhan Pendapatan 2014 Cecah 20 Peratus

KUALA LUMPUR: Epson Malaysia Sdn Bhd menyasar pertumbuhan sekurang-kurangnya 20 peratus dalam pendapatannya bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mac, 2015, kata Pengurus Besar, Jualan dan Pemasarannya, Danny Lee.


Beliau berkata, bagi mengekalkan pertumbuhan, syarikat itu akan terus membangunkan lebih banyak model untuk menampung lebih banyak pasaran.

Katanya, syarikat itu mencatatkan pertumbuhan pendapatan 13 peratus tahun ke tahun bagi tahun kewangannya yang berakhir pada 31 Mac 2014.

"Keputusan itu dibantu oleh pertumbuhan 40 peratus dalam jualan pencetak inkjet, pencetak point-of-sale dan pencetak passbook (10 peratus), perniagaan komersil dan perindustrian (11 peratus) dan projektor (10 peratus)," katanya.

Lee berkata demikian pada taklimat media mengumumkan prestasi perniagaan syarikat itu di Malaysia dan pelan pengembangan perniagaannya bagi tahun kewangan 2014.

Beliau berkata, ketika ini, pelanggan terbesar Epson Malaysia ialah pejabat kecil/pejabat rumah serta perusahaan kecil dan sederhana, dan syarikat itu merancang menembusi sektor korporat dan bangunan kerajaan tidak lama lagi.

"Tahun lepas kami meletakkan pencetak inkjet kami di bangunan kerajaan selama tiga bulan tanpa sebarang obligasi dan didapati bahawa produk tersebut boleh membantu menjimatkan kos dan lebih cekap serta kurang menggunakan tenaga," katanya.

Syarikat itu juga menyaksikan permintaan kukuh bagi projektor interaktifnya dalam sektor kerajaan dan pendidikan sejajar dengan peningkatan penggunaan e-pembelajaran di seluruh Malaysia, katanya. 




Epson Malaysia Sdn Bhd

Artikel Sebelum

Artikel Lain