suria

BP Hearing Solutions Rancang Kukuhkan Kedudukan Dalam Kesihatan Pendengaran

KUALA LUMPUR: BP Hearing Solutions (BPHS) yang mempunyai rangkaian terbesar dengan 50 pusat bantuan pendengaran di Malaysia akan memperkukuhkan kedudukannya dengan meningkatkan kehadirannya dalam sektor pembuatan di mana kehilangan pendengaran merupakan masalah yang paling biasa.


BPHS dilancarkan oleh Kumpulan BP Healthcare, peneraju khidmat penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia, pada tahun 2012 dan telah pun diluluskan sebagai pusat penyelesaian pendengaran oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Mengikut statistik DOSH, masalah hilang pendengaran akibat kebisingan (NIHL) mendahului senarai penyakit pekerjaan pada tahun 2012 dengan sebanyak 956 kes, kebanyakkanya dilaporkan dalam sektor pembuatan. NIHL merupakan satu masalah lazim di kilang tekstil dan industri-industri logam asas, kimia, minuman dan produk mineral bukan logam.

"Kehilangan pendengaran yang kurang didiagnos dan berlaku secara beransur-ansur boleh menjejas produktiviti pekerja dan juga kualiti hidup seseorang. Pemeriksaan pendengaran yang komprehensif adalah penting bagi mereka yang bekerja dalam persekitaran yang bising, jika masalah ini terus diabaikan ia akan bertambah teruk," kata Ketua Pegawai Eksekutif BPHS, Encik Joevy Beh.

Sejak kebelakangan ini, kami telah berusaha membina kehadiran kami serta menyediakan ujian pendengaran yang mampu dan senang diakses kepada industri pembuatan dan orang ramai. Selain perkhidmatan profesional dan yang disesuaikan untuk pelanggan yang datang ke pusat-pusat kami dan juga pelanggan retail, BPHS telah melancarkan bebebrapa inisiatif seperti ujian pendengaran secara 'online', perkhidmatan pemeriksaan pendengaran bergerak dan juga pemasangan kiosk di tempat-tempat strategik bagi membolehkan orang ramai menguji sendiri daya pendengaran mereka.

Perkhidmatan audiologi komprehensif yang ditawarkan syarikat itu termasuk pemeriksaan pendengaran, ujian diagnostik, pemetaan bunyi di tempat kerja, pemantauan peribadi pendedahan bunyi dan penilaian alat bantu pendengaran, pemasangan serta penjualan.

BPHS merupakan syarikat yang pertama menjalankan pemeriksaan pendengaran secara bergerak, yang diluluskan oleh DOSH, dengan menggunakan pusat diagnostik bergerak kepunyaan BP Healthcare Group untuk menawarkan perkhidmatan di acara-acara komuniti dan melawat kilang-kilang untuk membantu mereka mematuhi keperluan pengawasan kesihatan pekerja.

Mereka yang memilih ujian pendengaran secara 'online' boleh segera buat temujanji secara 'online' untuk berjumpa pakar ENT (telinga, hidung dan tekak) atau audiologis jika masalah kehilangan pendengaran disyaki.

Beh berkata, BPHS mempunyai kelebihan memanfaatkan kepakaran perubatan dan kekuatan operasi syarikat induknya, BP Healthcare, yang mempunyai 30 tahun pengalaman dan lebih 100 cawangan di seluruh negara yang buka 365 hari setahun.

BP Healthcare telah memenangi anugerah berprestij Syarikat Pemeriksaan Kesihatan Terbaik 2014 oleh Frost & Sullivan buat dua tahun berturut-turut.

Pemeriksaan pendengaran juga antara perkhidmatan yang ditawarkan dalam program pemeriksaan kesihatan komprehensif "Head2Toe" oleh BP Healthcare.

"Pengukuhan BP Hearing Solutions juga akan meningkatkan kedudukan kami sebagai pengedar eksklusif di Malaysia dan Brunei untuk Beltone, antara pengeluar alat pendengaran terbesar di dunia. Kami telah menjual lebih 10,000 alat pendengaran dan telah menerima anugerah prestasi terbaik dalam jualan global tahun 2013 daripada Beltone," tambah Beh.

BPHS juga telah menjalinkan perkongsian pintar dengan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang audiologi pada  2012. Maklumat lanjut mengenai BPFET boleh didapati di www.bphealthcare.com / BPHS/ atau hubungi 1800-88-7171.

Mengenai Kumpulan BP HealthCare Kumpulan BP Healthcare (www.bphealthcare.com) adalah penyedia khidmat penjagaan kesihatan bersepadu yang terkemuka di Malaysia dengan lebih 20 anak syarikat. Teras utamanya ialah dalam bidang diagnostik, makmal dan teknologi perubatan.

Sebagai teraju penjagaan kesihatan yang komprehensif, BP Healthcare sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi bagi para pelanggan dan komited dalam meneruskan usaha untuk mencapai kemajuan dalam inovasi teknologi bagi bidang perubatan dan klinikal.

BP Hearing, pendengaran

Artikel Lain