suria

Shell, Petronas Tandatangani Kepala Perjanjian Bardegg2

KUALA LUMPUR: Petronas, Petronas Carigali Sdn Bhd dan Shell Malaysia telah memperluaskan terma kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) Delta Baram (BDO) 2011 untuk meningkatkan projek pemulihan minyak (EOR) di pesisir pantai Sarawak (2011 Baram Delta EOR PSC) untuk merangkumi hak gas.

Dengan menandatangani kepala perjanjian untuk Projek Mengumpul Gas Delta Baram 2 (BARDEGG2), hak gas bersekutu dan tidak bersekutu dikaitkan dengan Operasi Delta Baram akan digabungkan ke dalam PSC EOR Delta Baram 2011, kata Shell Malaysia dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Medan Tukau Timur, sebelum ini sebahagian daripada SK307 PSC, juga akan diintegrasikan ke dalam PSC OR Delta Baram 2011 bagi membolehkan gas tidak bersekutu dibangunkan sebagai sebahagian daripada projek pembangunan bersepadu tunggal.

Dengan perluasan PSC EOR Delta Baram 2011, Shell dan Petronas Carigali akan mendapat akses kepada hak gas yang sebelum ini tidak termasuk di bawah PSC EOR Delta Baram 2011, katanya.

Pemeteraian kepala perjanjian itu dijalankan pada 24 Jun lalu dengan pasukan pengurusan daripada Shell, Petronas dan Petronas Carigali.

Projek BARDEGG2 dan Baronia EOR akan dilaksanakan sebagai projek pembangunan integrasi tunggal yang akan dikendalikan PETRONAS Carigali.

Projek terbabit akan menyaksikan platform pemprosesan berpusat baharu terletak di medan Baronia yang pada awalnya akan mengeluarkan gas tidak bersekutu dari medan Baronia.

Bersama pengeluaran gas bersekutu sedia ada, ia akan digunakan untuk suntikan semula dengan air ke dalam takungan Baronia bagi meningkatkan pemulihan minyak.

Gas lebihan dan gas Tukau Timur akan dijual kepada Petronas untuk bekalan domestik di Bintulu dan Miri serta untuk eksport kepada kompleks LNG Petronas Malaysia di Bintulu, katanya.


Shell, Petronas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain