Samsung Electronics Dipilih Jenama Terbaik Asia - Niaga | mStar

Samsung Electronics Dipilih Jenama Terbaik Asia

KUALA LUMPUR: Samsung Electronics telah dipilih sebagai jenama terbaik dan paling boleh dipercayai di Asia untuk tahun ketiga berturut-turut.

Ini berdasarkan keputusan daripada kajian 1,000 jenama terbaik Asia yang dibuat dalam talian oleh Campaign Asia-Pacific dengan kerjasama Nielsen.

Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini berkata, penilaian dibuat berdasarkan kaji selidik dan pandangan ke atas 14 kategori produk utama, termasuk automotif, runcit, makanan dan minuman serta elektronik.

Naib Presiden Pemasaran Samsung Electronics South-East Asia, Irene Ng berkata Samsung Electronics amat berbesar hati dipilih sebagai jenama terbaik Asia sekali lagi.

"Samsung akan terus berkembang dan kami tetap komited untuk memacu inovasi produk dan terlibat secara langsung dengan pengguna pada tahap yang lebih lagi," katanya.


Samsung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain