AirAsia X Sasar 200,000 Penumpang Ke Sydney Menjelang Disember 2014 - Niaga | mStar

AirAsia X Sasar 200,000 Penumpang Ke Sydney Menjelang Disember 2014

Opera House antara tarikan ke Sydney.
SYDNEY: Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia X menjangkakan mampu memperoleh 200,000 penumpang menjelang hujung tahun ini bagi laluan Kuala Lumpur ke Sydney, Australia.

Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi AirAsia X, Fairuz Majid berkata, ia berikutan peningkatan penumpang ke destinasi itu  di antara 20 peratus sehingga 30 peratus pada tahun ini.

“Dari Januari sehingga Mei tahun ini kami mencatatkan jumlah 120,000 penumpang bagi destinasi berkenaan dan kami menjangkakan pada Disember ini, kami mampu mencatatkan jumlah 200,000 penumpang,” katanya kepada mStar Online.

Harbour Bridge antara tempat menarik di Sydney.

Fairuz ditemui sempena program promosi destinasi berkenaan bersama artis Tasha Shilla di sini.

Program promosi itu bermula dari 11 Jun sehingga 18 Jun lalu dengan kerjasama Destination News South Wales.

Dalam pada itu Fairuz berkata, pihaknya membuat keputusan yang tepat apabila memperkenalkan penerbangan dua kali sehari ke Sydney yang bermula pada November 2013.

Katanya, langkah itu memberi kesan yang memberangsangkan apabila AirAsia menjadi syarikat penerbangan tambang rendah asing nombor satu yang memasuki Australia.

Fairuz Majid

Tambahnya antara pemintaan tinggi orang ramai untuk ke Sydney adalah untuk menyaksikan keunikan negara itu yang terkenal dengan Opera House, Harbour Bridge, Luna Park, aktiviti bukit pasir dan juga sebagai destinasi beli-belah.

“Kepelbagaian aktiviti yang terdapat di Sydney sebagai ibu negara Australia adalah tarikan tertinggi yang mendorong orang ramai untuk bercuti ke negara itu disamping pekej promosi yang kami perkenalkan,” katanya.

Justeru kata beliau, AirAsia X sentiasa menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi pelacongan di negara itu bagi membolehkan orang ramai mendapat pengetahuan mengenai lokasi menarik untuk dikunjungi dalam rangka lawatan mereka ke bandar raya itu.

Selain Sydney, destinasi lain AirAsia X di negara Australia itu ialah Gold Coast, Melbourne, Perth dan Adelaide.
AirAsia X , Sydney

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin

Hujung minggu yang panjang pada 2019

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun