suria

Maybank Bubar 2 Anak Syarikat Tidak Langsung

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) telah membubarkan dua daripada anak syarikat tidak langsungnya, MNI Holdings Bhd dan Peram Ranum Bhd, berkuat kuasa Jumaat.

Kedua-dua syarikat itu adalah milik penuh Maybank Ageas Holdings Bhd, yang 69.05 peratus dimiliki oleh Etiqa International Holdings Sdn Bhd, yang seterusnya pula adalah anak syarikat milik penuh Maybank.

"Pembubaran kedua-dua syarikat itu tidak akan memberi sebarang kesan penting kepada pendapatan atau aset kami bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2014," kata Maybank dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.

Maybank

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain