200 Usahawan IKS Disasar Raih Pendapatan RM5,000 Sebulan - Niaga | mStar

200 Usahawan IKS Disasar Raih Pendapatan RM5,000 Sebulan

Datuk Shahiruddin Ab Moin menunjukkan produk IKS.

RAUB: Sebanyak 200 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini dijangka mampu meraih pendapatan bulanan RM5,000 menjelang akhir tahun ini selepas menerima pendedahan dan latihan menerusi Program Jelajah Informasi Keusahawanan Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan Negeri Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata mereka antara 12,000 usahawan yang kini sedang menerima bimbingan daripada 40 agensi usahawan dan kerajaan dalam bidang berkaitan seperti produk pertanian, komersial, dan peruncitan.

"Sejak dilancarkan pada 19 Mac lepas, semua agensi kerajaan berkaitan program latihan dan bantuan dana keusahawanan, turun padang menjelajah ke setiap daerah untuk memberi pendedahan serta peluang sektor perniagaan kepada pengusaha tempatan.

"Menerusi pameran, ceramah dan pertemuan dengan pegawai daripada agensi berkenaan juga, mereka mendapat maklumat mengenai dasar pemberian bantuan dana tertentu kepada pengusaha yang giat memajukan sektor perniagaan masing-masing," katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Umno Bahagian Raub semalam berkata 200 usahawan terbabit juga diharap mampu menjadi penggerak untuk memacu rakan usahawan lain turut sama memajukan diri masing-masing.


IKS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hitachi Sunway Intai Perolehan 4 Bln Yen

Artikel Lain