Kadar Jangka Pendek Dijangka Stabil Minggu Depan - Niaga | mStar

Kadar Jangka Pendek Dijangka Stabil Minggu Depan

Bank Negara

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan dengan jangkaan Bank Negara Malaysia akan terus melaksanakan tender-tender untuk menyerap lebihan dana dalam aliran pasaran wang, kata seorang peniaga.

Bagi minggu yang baru berakhir, kadar semalaman disandarkan pada 2.95 peratus manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu, masing-masing pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.10 peratus.

Sepanjang minggu, bank pusat itu campur tangan setiap hari untuk menyerap lebihan mudah tunai, dengan menawarkan program konvensional, Islam, program komoditi Murabahah, lelongan matang dan tender repo.

Ia juga membuat pinjaman lewat untuk terus menyerap lebihan dana.

Pinjaman itu telah mengurangkan lebihan mudah tunai dalam sistem untuk minggu yang baru berakhir kepada RM15.568 bilion dalam operasi konvensional dan RM2.549 bilion dalam dana Islam.

Kadar asas tiga bulan antara bank disandarkan pada 3.40 peratus.


Bank Negara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Naza Italia Sasar Pertumbuhan 100 Peratus