Peruncitan Fama Dijangka Cecah RM5 Bilion Pada 2020 - Niaga | mStar

Peruncitan Fama Dijangka Cecah RM5 Bilion Pada 2020

KANGAR: Sektor peruncitan FAMA dijangka menyumbang nilai jualan mencecah RM5 bilion setahun menjelang 2020, kata Pengerusinya Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Beliau berkata unjuran nilai jualan itu berdasarkan perkembangan positif usahawan di bawah bimbingan FAMA.

"Saluran peruncitan FAMA pada masa ini lebih 2,500, ditambah 1,000 Pasar Tani disasarkan beroperasi pada 2020, bakal menyumbang jualan kira-kira RM2 bilion yang akan merealisasikan sasaran itu," katanya kepada pemberita selepas menutup Mesyuarat Agung Koperasi Usahawan Pasar Tani Perlis Berhad di sini, rabu.

Beliau juga berkata FAMA akan memastikan Pasar Tani menawarkan harga rendah dan berpatutan sepanjang masa.

Katanya penubuhan Koperasi Pasar Tani di setiap negeri bertujuan menggalakkan usahawan di bawah bimbingannya mengembangkan perniagaan ke peringkat global dan menghapuskan kebergantungan terhadap orang tengah.

Badruddin turut meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan tapak Pasar Tani di kawasan padat penduduk bagi membantu rakyat mendapat barangan keperluan harian dengan mudah, berkualiti dan pada harga patut.

Sementara itu, beliau meminta pengguna supaya tidak bimbang dengan kemungkinan berlaku kekurangan bekalan barangan keperluan jika fenomena El-Nino melanda negara pertengahan tahun ini.

"Saya nak beri jaminan bahawa FAMA menyediakan stok bekalan makanan kering yang mencukupi. Bekalan harian boleh didapati di Pasar Tani seperti biasa dan orang ramai tidak perlu simpan stok barang dengan banyak," katanya.


Fama , Perlis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain