TM Selesai Ambil Alih 57% Kepentingan P1 Menjelang Suke Ke-3 Tahun Ini - Niaga | mStar

TM Selesai Ambil Alih 57% Kepentingan P1 Menjelang Suke Ke-3 Tahun Ini

Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) akan menyelesaikan cadangannya mengambil alih 57 peratus kepentingan dalam Packet One Networks (M) Sdn Bhd (P1) menjelang suku ketiga tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TM Group, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa, berkata pembelian itu kini berada pada peringkat kelulusan pihak kawal selia dan ia dijangka selesai dalam tempoh dua bulan.

"Pada masa ini P1 adalah sebuah penyedia WiMAX, penyedia perkhidmatan wayarles tetap dan, dengan selesainya semua proses ini, TM akan dapat memanfaatkan 500,000 pelanggan WiMAX P1 sekarang.

"Ini akan juga membolehkan TM beroperasi di kawasan-kawasan yang kurang penembusan perkhidmatan talian tetapnya, tetapi ada perkhidmatan WiMAX," katanya dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) dan mesyuarat agung luar biasa (EGM) TM di sini, Khamis.

Beliau berkata,  TM akan terlebih dahulu menunggu bagi perkhidmatan WiMAX stabil sebelum menggunakan teknologi evolusi jangka panjang (LTE) P1.

Zamzamzairani berkata, TM juga sedang berbincang dengan kerajaan tentang pelancaran jalur lebar berkelajuan tinggi peringkat kedua (HSBB2) dan ini dijangka ditandatangani dalam tahun ini.

Beliau menambah, dengan adanya perbincangan dengan kerajaan sekarang, TM boleh memberikan angka-angka perbelanjaan modal yang tepat bagi tahun ini.

Tentang perubahan pengurusan tertinggi P1, beliau berkata TM mempunyai hak istimewa untuk menggantikan CEO dan Ketua Pegawai Kewangan selepas pengambilalihan itu, tetapi ia memilih untuk menunggu hingga P1 stabil dan mengekalkan pengurusannya sekarang buat sementara waktu ini.

Sementara itu, TM telah mendapat kelulusan pemegang saham bagi dividen tier tunggal akhir sebanyak 16.3 sen sesaham, menjadikan keseluruhan pembayaran dividen termasuk dividen awal berjumlah 26.1 sen sesaham atau RM933.7 juta, yang merupakan pembayaran tertinggi setakat ini, dan mengatasi obligasi dividen syarikat itu, yang berjumlah RM700 juta.

Zamzamzairani juga menegaskan bahawa 2013 merupakan tahun yang hebat bagi TM.

"Kami beberapa kali menjadi yang terunggul sejak pemisahan gabungan; pendapatan kami mengatasi paras RM10 bilion dengan jumlah RM10.63 bilion, dan keuntungan bersih biasa atau keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti sebanyak RM1.04 bilion, melebihi paras RM1 bilion. Sesungguhnya, ini merupakan yang tertinggi setakat ini," tegas beliau.

Katanya, bagi tahun kedua berturut-turut, pertumbuhan pendapatan TM mengatasi prestasi industri, dengan pertumbuhan sebanyak 6.4 peratus pada 2013.

 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain