suria

Lynas Sasar Kumpul AS$40 Juta Daripada Pelabur

MELBOURNE: Pelombong nadir bumi, Lynas Corporation, berharap dapat mengumpul sehingga A$40 juta daripada pelabur untuk meningkatkan rizab modal kerjanya, demikian lapor Australian Associated Press (AAP).

Lynas, yang menggantungkan dagangan sahamnya minggu lepas berkata ia akan melancarkan pelan pembelian saham taja jamin penuh untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya A$30 juta.

Ia juga boleh mengumpul sehingga A$10 juta lagi menggunakan tawaran saham "top up".

Pengerusinya Nicholas Curtis berkata wang itu akan menyediakan asas kewangan kukuh bagi Lynas dan menangani sebarang kebimbangan mudah tunai.

"Peningkatan ekuiti itu akan menjamin keperluan modal kerja jangka pendek kami," beliau dipetik sebagai berkata oleh AAP pada Selasa.

Lynas juga berkata ia akan sekali lagi mengubah terma kemudahan hutang Sojitz/JOGMEC.

Saham Lynas kali terakhir diniagakan pada A16.5 cents. 


Lynas, Melbourne

Artikel Sebelum

Artikel Lain