suria

AMResearch Kekalkan Saranan 'Beli' Ke Atas IJM Corp

KUALA LUMPUR: AmResearch mengekalkan saranan 'beli' ke atas IJM Corp Bhd dengan nilai patut sebanyak RM6.75 sesaham, selepas kumpulan itu memperoleh kerja pembinaan bernilai RM396 juta daripada Uptown Retail Centre Sdn Bhd.

Dalam nota penyelidikan pada Selasa, AmResearch berkata kontrak itu bagi kerja-kerja bangunan utama untuk pembangunan komersil yang dicadangkan di Damansara Utama.

"Kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan bagi tempoh 25 bulan.

"Kontrak itu mewakili perolehan pertama IJM Corp bagi unjuran tahun kewangan 2015.

"Kami mengekalkan andaian kami buat masa ini, kerana ia merupakan sebahagian daripada andaian nilai perolehan kontrak kami yang baharu," katanya, sambil menambah ia menjangkakan perkembangan kumpulan itu akan didorong oleh jangkaan lebih banyak projek daripada Lebuhraya Pantai Barat dan fasa satu pengembangan Pelabuhan Kuantan.

"Kami juga berpuas hati dengan prospek pertumbuhan menyeluruh IJM, terutama bagi anggota hartanahnya, IJM Land," kata AmResearch.

IJM, Damansara Utama

Artikel Berikut

Artikel Lain