suria

I-City Lancar Pelan Projek Pembangunan Central Tower

Eu Hong Chew.
SHAH ALAM: I-Berhad yang memajukan i-City sebagai destinasi pelancongan popular di Selangor, semalam melancarkan pelan projek pembangunan Central Tower.

Projek itu merangkumi pembangunan campuran kediaman perkhidmatan mewah dan menara pejabat dengan nilai pembangunan kasar (GDV) hampir RM1.6 bilion.

Timbalan Pengerusi I-Berhad Datuk Eu Hong Chew berkata pembangunan Central Tower akan disepadukan dengan projek usaha sama pusat membeli-belah CentralPlaza@i-City.

Projek itu merupakan perkongsian 60:40 antara pemaju hartanah runcit utama Thailand, Central Pattana Pcl (CPN) dan I-Berhad.

Pembangunan Central Tower pada asalnya ialah sebahagian daripada tapak pembangunan kompleks membeli-belah wilayah di i-City.

"Oleh itu, adalah logik untuk mereka bentuk dan membangunkan pusat membeli-belah Central Tower dengan CentralPlaza@i-City secara bersepadu.

"Kami anggap ini sebagai satu situasi menang-menang secara keseluruhan, di mana pusat membeli-belah dan kedai-kedai runcit dapat berdiri sendiri melalui naungan mantap daripada pasaran dalaman komponen kediaman kami setiap hari.

"Untuk I-Berhad, pembangunan bersepadu itu mempunyai implikasi yang positif bagi kedua-dua pembangunan hartanah melalui kawasan kediaman, serta
pelaburan hartanah melalui CentralPlaza@i-City," katanya semasa taklimat media mengenai projek pembangunan Central Tower di i-City di sini Selasa.

EU berkata fasa pertama pembangunan Central Tower yang terdiri daripada dua menara kediaman, dijangka siap pada 2019, dan majlis pecah tanahnya
dijalankan serentak bersama pusat membeli-belah CentralPlaza@i-City pada September depan.

Beliau yakin pembangunan Central Tower bersama-sama pusat membeli-belah CentralPlaza@i-City dijangka siap menjelang 2017 dan akan memberi i-City hasil
tahunan yang mantap sebanyak antara RM500 dan RM600 juta dalam tempoh lima tahun.

EU juga berkata I-Berhad dijangka mendapat RM20 juta bersih hasil keuntungan melebihi 24 bulan daripada penjualan hak-hak pembangunan dan
tapak kompleks membeli-belah yang memihak kepada usaha sama CPN. 

Beliau berkata keuntungan RM20 juta itu akan digunakan untuk modal kerja am kumpulan dan untuk sebahagian dana pembangunan infrastruktur biasa termasuk
jalan raya dan utiliti dalam i-City.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain