Projek Terminal Pengerang Berjalan Lancar - Niaga | mStar

Projek Terminal Pengerang Berjalan Lancar

KUALA LUMPUR: Projek Terminal Pengerang milik Dialog Group Bhd, projek di bawah Program Transformasi Ekonomi berjalan lancar dengan fasa pertamanya dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Dialog berkata, fasa 1 A berjaya disiapkan sepenuhnya dan telah memulakan operasi.

"Terminal itu menyambut ketibaan kapal pertama membawa minyak untuk kemudahan simpanan petroleum dan minyak mentah di Pengerang Sabtu lalu, menandakan permulaan operasi penyimpanan minyak di situ," katanya.

Dialog berkata, pembangunan fasa pertama merangkumi 60 hektar tanah laut ditebus semula dengan kapasiti penyimpanan permulaan kira-kira 1.3 juta meter padu dengan enam dermaga yang menelan belanja RM2 bilion.

Syarikat itu berkata, fasa pertama dikendalikan syarikat usahasamanya, Pengerang Independent Terminals Sdn Bhd (PITSB).

"Keseluruhan pembangunan mungkin mengambil masa 10 hingga 15 tahun lagi untuk siap sepenuhnya dan akan memberi kesan besar kepada masyarakat tempatan melalui kewujudan banyak aktiviti ekonomi kerana ia juga akan menjadi pelengkap projek RAPID yang baru-baru ini disahkan Petronas," katanya.


Petronas , Pengerang

Artikel Sebelum

Maips jangka Kutip Zakat RM120 Juta

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain