suria

Firefly Lanjut Tempoh Tempahan Jualan RM77 Sehingga 7 Petang Sabtu

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan komuniti, Firefly melanjutkan tempoh Jualan Tahunan RM77 sehingga 7 petang Sabtu berikutan promosi itu mendapat sambutan yang menggalakkan.

Firefly dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, sebanyak 200,000 tempat duduk disediakan untuk promosi itu bagi tempoh penerbangan dari 16 April 2014 hingga 28 Mac 2015 bagi tambang pergi balik RM77.

"Dengan tawaran tambang rendah yang menarik ini, para pelanggan dinasihatkan untuk merancang percutian mereka segera mungkin kerana tawaran ini hanya disediakan hanya dalam tempoh terhad," kata kenyataan itu.

Tawaran jualan RM77 itu melibatkan laluan dari Subang ke Kota Bharu, Pulau Pinang, Johor Bahru, Alor Setar, Kuala Terengganu dan Langkawi.

Ini termasuk dari Pulau Pinang ke Langkawi, Kuantan, Subang dan Kota Bharu, serta dari Johor Bahru ke Kota Bharu.

Artikel Lain