Pengembangan Pesat Perniagaan Atas Talian Bantu Tingkat Pendapatan Isi Rumah - Niaga | mStar

Pengembangan Pesat Perniagaan Atas Talian Bantu Tingkat Pendapatan Isi Rumah

online business
Perniagaan atas talian.

KUALA LUMPUR: Perniagaan atas talian dijangka berkembang dengan pesat pada tahun ini dan dapat membantu meningkatkan pendapatan isi rumah.

Peningkatan pesat perniagaan atas talian itu dipacu oleh perkembangan teknologi terkini, terutamanya dengan kewujudan blog, laman sosial serta sistem optimisasi enjin carian yang secara tidak langsung membantu memudahkan aktiviti pemasaran dan perniagaan.

Penceramah daripada SifuFBads.com, Jamaluddin Bahari berkata dengan kos pemasaran dan pengiklanan yang lebih murah dalam sistem perniagaan atas talian, peniaga dapat menjana pendapatan lumayan dengan lonjakan jualan dalam masa satu hingga dua bulan.

Peniaga juga berpeluang untuk merekrut ejen-ejen perniagaan mereka secara atas talian.

"Kos pemasaran dan pengiklanan bagi perniagaan atas talian jika dibandingkan dengan cara konvensional adalah 10 kali lebih murah.

"Bagi mereka yang baru menceburi perniagaan atas talian ini, kos pemasaran secara percuma boleh dicapai dengan menggunakan beberapa teknik melalui medium seperti blog, forum usahawan, kumpulan pengiklanan serta laman sosial," kata beliau ketika ditemui di Seminar Usahawan Super Muslim (SUPERB) 2014 di sini, Rabu.

Seminar tersebut dianjurkan oleh PPZ-MAIWP secara kerjasama dengan Smartwork Ventures.

Menurut Jamaluddin, perniagaan atas talian perlu dilakukan secara agresif, sama ada dari segi variasi dan ketahanan produk serta kualiti perkhidmatan yang disediakan, terutamanya perkhidmatan penghantaran dan perkhidmatan selepas jualan.

Peniaga juga boleh mengenal pasti produk laris di pasaran untuk mengukuhkan lagi strategi pemasaran mereka, katanya.

Beliau berkata, lebih daripada 50 peratus peniaga atas talian menjalankan perniagaan mereka dari rumah, dan bilangan ini dijangka bertambah berikutan fleksibiliti yang ditawarkan oleh teknologi canggih sekarang.


Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain