Ninetology Unjur Pendapatan RM380 Juta Tahun Ini - Niaga | mStar

Ninetology Unjur Pendapatan RM380 Juta Tahun Ini

Antara produk Ninetology di pasaran Malaysia.

KUALA LUMPUR: Syarikat teknologi peranti mudah alih, Ninetology Malaysia, menjangka pendapatan akan meningkat kepada RM380 juta tahun ini berbanding RM180 juta pada 2013, sejajar dengan pelan pengembangannya ke pasaran Asean.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ninetology Sean Ng berkata pengembangan itu termasuk ke pasaran Filipina, Thailand dan Vietnam.

"Kami telah menjual lebih satu juta unit sehingga kini dan telah berkembang ke Indonesia pada September 2013," kata beliau dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata peranti mudah alih LTEnya yang akan datang, dibangunkan secara perkongsian dengan Qualcomm, akan menjadi pendorong utama bagi pelan pengembangan Asean.

Ng berkata Ninetology juga akan melabur sebanyak RM5 juta untuk meningkatkan pusat pengalamannya kepada sembilan lokasi yang lain di seluruh Malaysia pada 2015.

Tahun lepas, syarikat menguasai 12 peratus bahagian pasaran peranti mudah alih dalam negara.

Ninetology , Malaysia , Filipina , Thailand

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Harga petrol, diesel naik!