suria

Bank Rakyat Mahu Pertingkat Pembiayaan Untuk Sektor Swasta

Mustafha Abd Razak.

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat mahu meningkatkan pembiayaannya untuk sektor swasta dari 3% ke 10% dalam tempoh tiga tahun.

Pengarah Urusannya, Datuk Mustafha Abd Razak berkata, ia boleh dilakukan dengan mengadakan kerjasama dengan sektor swasta menerusi kadar pembiayaan yang menarik dan mempertingkatkan capaian cawangannya di seluruh negara.

Beliau pada Khamis berkata, kadar pembiayaan yang lebih rendah dari pasaran komersial dapat membantu memperlbagaikannya daripada pasaran tradisional yang mana kebiasaannya melibatkan penjawat awam.

“Kami boleh memberikan kadar antara 6% sehingga 7% yang kompetitf bagi pandangan saya,” katanya. 

Mustafha Abd Razak, Bank Rakyat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain