suria

AirAsia Adakan Pameran Pada 20 Februari Hingga 2 Mac

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia akan mengadakan pameran perjalanan pertamanya, AirAsia Travel Fair (AATF) selama tiga hari bermula 28 Februari ini di Paradigm Mall, Petaling Jaya.

Pengunjung berpeluang mendapat potongan 20 peratus bagi tempat duduk semua penerbangan semasa pameran berkenaan bagi tempoh perjalanan bermula 1 Mac hingga 30 September.

Dalam satu kenyataan di sini, syarikat penerbangan itu berkata, pameran berkenaan yang bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam,akan menampilkan lebih 20 gerai pameran dengan penyertaan daripada pelbagai badan pelancongan, rakan kongsi AirAsia seperti program kesetiaan BIG, Tune Hotels, AirAsiaGo, AirAsiaExpedia, Tune Insurance, Citibank, Premier Hotel Klang, gateway@klia2 dan banyak lagi.

"Bagi memudahkan pengunjung ke Paradigm Mall semasa pameran itu, bas perantara percuma disediakan dari stesen LRT Kelana Jaya ke pusat beli belah berkenaan, yang berlepas setiap 15 minit sepanjang pameran tiga hari ini," katanya.

AirAsia, tambang rendah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain