Mengenai mStar | mStar

Kenali mStar

mStar mula dilancarkan oleh Star Media Group Berhad pada Ogos 2005 dan menjadi satu-satunya portal berbahasa Melayu bawah syarikat ini yang selama ini sinonim dalam penerbitan akhbar berbahasa Inggeris iaitu The Star.

Idea penghasilan mStar dicetuskan oleh Ketua Pengarang Kumpulan ketika itu, Datuk Seri Wong Chun Wai yang merasakan tibalah masanya Star Media Group Berhad meneroka satu platform baharu khususnya dalam era digital untuk sasaran pembaca Melayu.

Di awal pelancarannya, mStar lebih dikenali sebagai portal berita yang memaparkan perkembangan isu-isu semasa dalam dan luar negara termasuklah berita politik, jenayah, mahkamah, hiburan dan sukan.

Transformasi

Pada 17 April 2014, mStar melalui proses transformasi pertama dengan pelancaran wajah baharunya yang lebih santai dengan penekanan kepada kandungan berita dan hiburan.

Bagi memenuhi tuntutan pembaca mStar yang terdiri daripada golongan berusia 17 tahun sehingga 40 tahun, maka kandungannya kini diperkemaskan dan penekanan diberikan kepada kandungan hiburan dan gaya hidup dikenali ‘Urban dan Versatil’.

Ia dilancarkan pada 22 November 2018.

Urban memberi definasi paparan kandungannya lebih terarah kepada generasi moden tanpa mengenepikan kumpulan sasar lain.

Versatil pula membawa pengertian portal ini menyediakan kandungan bercorak pelbagai untuk semua peringkat pembaca merangkumi gaya hidup, sukan, pelancongan, kekeluargaan, kisah masyarakat, keagamaan, hiburan dan laporan khas.

Bagi kandungan berbentuk visual, platform YouTube mStar turut mendapat sambutan apabila kebanyakan video yang diterbitkan berjaya memasuki senarai ‘trending’ selain ia mencecah lebih 1 juta jumlah tontonan.

Pengiktirafan

Mstar juga turut diiktiraf pada peringkat antarabangsa apabila dianugerahkan Pingat Gangsa bagi Laman Web Gaya Hidup Terbaik Asia, Anugerah Media Digital Asia 2015 yang diadakan di Hong Kong pada 18 November 2015. Ia dianjurkan oleh World Association of Newspapers and News Publishers (WAN-Ifra).

Pada 18 Ogos 2016 mStar menerima Anugerah Spark 2016 untuk kecemerlangan media Asia Pasifik bawah kategori ‘Acara Terbaik Oleh Pemilik Media’ yang berlangsung di Singapura.

Di peringkat nasional pula, mStar merangkul anugerah Kritikan Filem Terbaik, anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang dianjurkan pada 26 November 2017.

Mstar turut menerima tempat kedua bagi penerbitan video dokumentari Anugerah Media Pembinaan CIDB 2018 anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia pada 3 Disember 2018.

Untuk lebih dekat dengan pembaca, mStar boleh diikuti menerusi laman sosial rasmi berikut: