suria

Ingatkan line clear, rupanya tak! Pakcik rider tenang pilih parcel mana nak curi, tak sedar aksi dirakam... Ramai minat mahu tahu jenis CCTV

Imej dari CCTV memaparkan gelagat seorang rider yang didakwa mencuri bungkusan seorang penghuni kondominium.

SEBELUM ini sudah beberapa perkongsian disajikan di media sosial tentang gelagat segelintir pekerja penghantaran makanan (rider) yang mencuri dan berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Bukan mahu 'memukul rata', namun sikap segelintir rider ini yang panjang tangan secara tidak langsung mencemarkan nama rakan seangkatan mereka yang lain.

Terbaharu, tular satu video memaparkan seorang rider dari sebuah syarikat penghantaran makanan yang berpangkat 'pakcik' dipercayai mencuri bungkusan (parcel) dari rumah seorang penghuni di sebuah unit kediaman jenis kondominium.

"Seorang pekerja penghantaran makanan ********* curi bungkusan anda tanpa mengetahui yang loceng pintu rumah anda ada CCTV," tulisnya dalam perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Menerusi perkongsian video yang tular itu, kelihatan rider berkenaan memakai baju yang jelas tertulis perkataan 'RIDER' serta berseluar pendek sedang membelek-belek parcel milik penghuni berkenaan.

rider 2

Bungkusan yang didakwa dicuri rider berkenaan adalah pelapik komputer riba.

Terdapat dua parcel dibungkus plastik hitam di atas meja yang diletakkan di hadapan pintu unit kediaman tersebut.

Selepas beberapa saat membelek, rider berkenaan mengambil salah satu daripadanya dan berlalu pergi dengan tenang.

Dia sama sekali tidak menyedari bahawa gelagatnya dirakam oleh loceng pintu yang dilengkapi fungsi CCTV.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rider’ kantoi geledah beg rider lain, mungkin cuma menyamar sebab hanya diam diajak borak tentang ‘order’

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bawa beg hijau tak sedar penghuni flat pasang CCTV, ligat curi tudung di ampaian... Kini makin popular, wajah kacak viral di FB

Difahamkan, insiden tersebut berlaku di Singapura pada minggu lalu.

Video kejadian tersebut turut tular di negara berkenaan, malah penghuni unit kondominium itu juga membuat laporan polis.

Menerusi ruangan komen, penghuni itu menambah, pihak polis berjaya mengesan kembali parcel miliknya tidak lama kemudian.

Sesiapa yang gemar membeli barangan secara dalam talian boleh pasang CCTV untuk elak benda-benda macam ni.

NETIZEN

Ujarnya lagi, syarikat penghantaran makanan tersebut juga sudah menamatkan perkhidmatan rider yang terlibat.

Dia juga memaklumkan kes tersebut masih dalam status 'pending' untuk didakwa di mahkamah, setakat ini.

Dalam satu hantaran yang berasingan, penghuni itu berkata item di dalam parcel yang dicuri oleh rider berkenaan adalah pelapik komputer riba (laptop mat) yang berharga sekitar SGD20 (RM70).

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa penting untuk unit kediaman memiliki sistem CCTV, bukan sahaja untuk tujuan keselamatan tetapi menjadi bahan bukti jika berlaku sesuatu insiden.

komen

Antara komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

Malah ramai yang turut berminat dan bertanyakan penghuni berkenaan jenis kamera litar tertutup yang digunakannya.

"Sesiapa yang gemar membeli barangan secara dalam talian boleh pasang CCTV untuk elak benda-benda macam ni.

"Loceng pintu yang sangat bagus... saya pun ada satu yang sama, rekod semua pergerakan.

"Sebab itulah bahaya kalau barang-barang online ditinggalkan dekat luar. Orang boleh ambil dan pergi," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain