suria

Pelajar lelaki malu-malu disuruh sarung kondom depan rakan, nampak kekok! Ramai tak setuju latihan amali pendidikan seks di sekolah

Video yang tular memaparkan sekumpulan pelajar sedang diajar cara menggunakan kondom.

MELIHAT kepada berita yang dipaparkan di media mengenai gejala sosial melibatkan remaja sejak kebelakangan ini, secara tidak langsung ia membangkitkan kebimbangan ramai.

Lihat sahaja kes-kes cabul atau rogol yang dilaporkan di akhbar mahupun televisyen, alangkah sedihnya apabila ada di antara pelakunya masih berusia awal belasan tahun.

Lebih malang, hasil perbuatan tersebut membuatkan mangsanya hamil dan melahirkan bayi luar nikah, sekaligus berpotensi meningkatkan lagi kes pembuangan bayi.

Situasi ini sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya mengenai keberkesanan didikan yang diterapkan oleh ibu bapa di rumah mahupun di institusi pendidikan.

Justeru seiring dengan situasi semasa dan peredaran zaman, ramai yang melihat betapa pentingnya untuk memperkenalkan pendidikan seks di sekolah dalam usaha untuk membendung isu sosial dalam kalangan remaja, sungguhpun ia mewujudkan perbahasan sesetengah pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Marah nafsu terbantut gara-gara rakan sejenis tak mahu hisap kemaluan, remaja ‘Kancil hijau’ keluarkan pisau... Suspek kini ditahan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Cabul murid perempuan 11 tahun, pemandu van sekolah ditahan polis

Baru-baru ini tular satu video menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki di sebuah sekolah diajar cara-cara untuk memakai kondom dengan betul, yang mana ia sebahagian daripada pendidikan seks.

Dalam video berdurasi 24 saat itu, kelihatan seorang pelajar lelaki cuba mempraktikkan cara memakai kondom dengan betul kepada objek yang berbentuk zakar, sambil diperhatikan oleh seorang guru dan rakan-rakannya yang lain.

KONDOM 1

Seorang guru turut memantau bagi mengajar pelajar lelaki cara menggunakan kondom dengan betul.

Dapat dilihat daripada reaksi pelajar-pelajar tersebut, mereka seperti pertama kali didedahkan dengan perkara sedemikian.

Difahamkan, video tersebut dirakam di sebuah sekolah menengah di Sarawak.

Sehingga kini video yang dimuat naik di akaun TikTok @kimgiejie meraih melebihi 313,000 jumlah tontonan.

Bagus sekolah ajar benda-benda macam ni supaya orang tak ada nak cuba sendiri.

NETIZEN

Menjengah ruangan komen, ternyata video tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen dengan sebahagiannya bersetuju tentang pendekatan berkenaan, manakala sebahagian yang lain pula sebaliknya.

"Sekarang ni ramai je kes remaja mengandung. Okay lah tu belajar guna kondom.

KOMEN

Komen dengan reaksi bercampur baur daripada netizen.

"Ini memang sangat bagus. Pendidikan seks adalah sangat penting.

"Bagus sekolah ajar benda-benda macam ni supaya orang tak ada nak cuba sendiri.

"Bahaya ni... sudahlah dekat kedai serbaneka berlambak jual.

"Perlukah benda ini diajar?" demikian antara komen yang dilontarkan netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain