suria

Samseng habis! Sudahlah berdiri di laluan ‘New Zealand’, rider ada hati nak hempuk kereta

Seorang rider (gambar kecil) yang berdiri di jalan raya menghayunkan objek ke arah sebuah kereta.

MENDAPAT jolokan 'New Zealand Malaysia’, Lebuhraya Temiang-Pantai dekat Seremban menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk bergambar.

Keindahan pemandangan di lokasi itu turut dijadikan sebagai tempat perjumpaan secara berkumpulan yang mana pemandu kereta atau penunggang motosikal berhenti di sepanjang lorong kecemasan, sekali gus mengundang bahaya.

Menerusi satu rakaman dashboard sebuah kereta, pemandunya cuba membunyikan hon bagi memberi peringatan kepada seorang penunggang motosikal yang kelihatan berdiri di jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Umpama samseng jalanan! Selepas kecoh pemandu Saga tunjuk isyarat lucah, abang baju biru dedah 3 sebab pakcik berkopiah naik angin

ARTIKEL BERKAITAN: Mercedes terangkat dihentam Viva, budak perempuan tunjuk samseng keluar kereta tepuk bonet - "Macam gangster walhal bapa dia memandu tak betul"

Namun, keadaan itu sebaliknya menimbulkan rasa tidak puas hati lelaki tersebut yang kemudian menghayunkan satu objek ke arah kereta terbabit.

Berkongsi cerita kepada mStar, individu yang memuat naik rakaman itu di laman sosial sehingga tular, Wahab Hamzah berkata, kejadian berlaku pada Ahad petang semasa dalam perjalanan dari rumahnya di Serdang, Selangor ke Kampung Kerangai di Jelebu, Negeri Sembilan.

Lelaki berusia 30an itu memberitahu, ketika itu isterinya memandu kereta, manakala dia berada di tempat duduk penumpang hadapan serta dua anak di tempat duduk belakang.

"Saya minta isteri bunyikan hon sebab lelaki itu mengganggu laluan dan mahu memberi peringatan yang dia berada di luar dari garisan, bahaya untuk dia dan pengguna jalan raya lain.

"Tak sangka dia gunakan pouch bag untuk hempuk kereta saya. Sebab saya bukan cari gaduh, hanya nak berikan peringatan je.

"Saya terkejut dan menjerit dengan tindakan dia... macam samseng jalanan," katanya ketika dihubungi.

samseng lebuhraya temiang 6

Rakaman dashboard sebuah kereta ketika menghampiri di lokasi kejadian.

Berasal dari Jelebu, Wahab berkata, dia bukanlah pertama kali melalui lebuh raya itu untuk pulang ke kampung, justeru sering melihat ramai orang berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan untuk mengambil gambar.

"Tapi kali ini sudah melebihi had. Selepas bunyikan hon, kami meneruskan perjalanan sebab tiada kesan teruk pun.

"Kalau kami berpatah balik jumpa rider tu, bimbang akan menimbulkan kekecohan. Bahaya sebab mereka ramai dan saya ada anak-anak kecil," ujar bapa kepada dua cahaya mata itu sambil menambah tiada laporan polis dibuat kerana tiada kerosakan berlaku dalam kejadian itu.

samseng lebuhraya temiang 4

Sekumpulan penunggang motosikal berhenti di lorong kecemasan.

Bagaimanapun dia yang bekerja di bahagian sumber manusia di sebuah syarikat berkata, perkongsian video tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya berhati-hati di lebuh raya tersebut.

"Ia bukan tempat rekreasi atau open house. Cari tempat yang sesuai untuk lepak atau bergambar. Lebuh raya tersebut bukan tempat yang sesuai.

Bukan tempat rekreasi atau open house. Cari tempat yang sesuai untuk lepak atau bergambar. Lebuh raya tersebut bukan tempat yang sesuai.

WAHAB HAMZAH

"Sikap saling memperingati sesama kita penting bagi semua. Jangan buat tindakan gengster. Jangan bahayakan diri dan pengguna jalan raya lain. Kalau dah terlanggar akan menyusahkan banyak pihak," katanya.

Setakat ini, video yang dimuat naik di Facebook milik Wahab dikongsi lebih 2,000 kali, dan tersebar di pelbagai platform media sosial.

samseng lebuhraya temiang 5

Lelaki yang tidak puas hati selepas sebuah kereta membunyikan hon.

Rata-rata netizen menyifatkan rider tersebut bersikap biadab selain tindakannya berdiri di jalan raya dengan meletakkan motosikal di lorong kecemasan boleh menyusahkan dan membahayakan semua pihak terutama pengguna jalan raya.

"Memang menyusahkan dia orang ni. Kita pula kena berhati-hati bila lalu sini. Adeh, perangai masing-masing.”

"Mohon ambil tindakan. Busukkan imej rider.”

"Dah kena langgar baru tahu," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain