suria

Anak Malaysia berlari 500km dalam suhu negatif di Sweden disahkan tiba di garisan penamat, penganjur dipuji akui kesilapan

Jeff berjaya menamatkan larian 500km dalam masa 10 hari.

MEMILIKI hasrat untuk berbakti kepada masyarakat merupakan impian mulia dalam usaha membantu golongan tidak berkemampuan.

Apatah lagi jika kita dapat mengumpul dana dalam membantu golongan susah dengan melakukan perkara yang kita minati.

ARTIKEL BERKAITAN: Tersentak kata-kata adik, wanita lelong barang kumpul dana bantu mangsa banjir... hikmah sedekah, insan istimewa kembali ke pangkuan keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Baby Shima kesal niat ikhlas kumpul dana untuk mangsa banjir dipersoal, dituduh menunjuk-nunjuk beri bantuan

Begitulah yang berlaku kepada pelari ultra Malaysia, Jeff Lau, apabila dia berjaya melepasi garisan penamat dalam perlumbaan sejauh 500 kilometer dalam masa 10 hari.

Walaupun terpaksa menempuh tahap kesejukan melampau di Sweden di bawah suhu sub sifar darjah celcius, jejaka ini tetap melakukannya bagi mengumpul dana untuk kanak-kanak yang hidup dengan HIV menerusi My Aids Foundation.

Tentu sekali ia sesuatu yang membanggakan rakyat Malaysia apabila jejaka berusia 31 tahun ini menamatkan perlumbaan Montane Lapland Arctic Ultra (MLAU) di Överkalix di Sweden, pada 16 Mac pukul 10 pagi (waktu Malaysia).



Jeff mula berlatih untuk menyertai acara ini sejak tahun lepas lagi.

Jeff mula berlatih sejak tahun lepas untuk menyertai acara yang dianjurkan, katanya dalam satu temu bual dengan Augustman beberapa hari lalu.

"Sejak tahun lepas saya telah menjalani latihan kecergasan, menyediakan peralatan yang sesuai untuk larian serta mempelajari struktur perlumbaan dan strategi larian yang dirancang," ujarnya.

Dalam pada itu juga, dia menyebut bahawa halangan terbesarnya untuk diatasi ialah memastikan tidak mengalami radang dingin, melepuh atau mengalami hipotermia sepanjang keseluruhan perlumbaan.

Menerusi perkongsian di Facebook oleh Montane Lapland Arctic Ultra (MLAU), mereka menjelaskan bahawa Jeff telah sampai ke garisan penamat pada 9.56 pagi.



Pihak MLAU mengakui terpaksa menahan Jeff selama 30 minit di pusat pemeriksaan selepas 185 kilometer lariannya.

Menurut laman itu lagi, ia adalah rekod biasa di mana tempoh lariannya itu tidak cukup pantas kerana masa terakhir sepatutnya sampai ke garisan penamat adalah 9.41 pagi.

Namun jelas MLAU, pihaknya terpaksa menahan Jeff selama 30 minit di pusat pemeriksaan selepas 185 kilometer lariannya.

Jelasnya, situasi itu berlaku kerana pihak MLAU yang memantau larian Jeff terpaksa mengisi minyak kereta mereka.

"Dalam erti kata lain, ia adalah kesilapan pihak MLAU dan bukan Jeff. Oleh itu, Jeff sebenarnya menepati masa yang ditetapkan, malahan berjaya melakukannya tepat pada masanya. Tahniah!” jelas MLAU.



Perlumbaan Montane Lapland Arctic Ultra (MLAU) di Överkalix di Sweden berlaku pada 16 Mac.

Kisah Jeff yang telah menamatkan perlumbaan sukar demi mengumpul dana untuk mereka yang menghidap HIV dan memerlukan mendapat perhatian warganet.

"Sangat mengagumkan penganjur yang menyedari kesilapan mereka dan membetulkan kesilapan itu. Ia bukan amalan biasa sekarang. Tahniah kepada Jeff Lau atas perlumbaan yang hebat," komen warganet terhadap insiden yang berlaku.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain