suria

Dugaan Ustaz Ebit, tayar kereta pancit dianggap rezeki bertemu petugas towing ... siap kongsi kisah hebatnya kuasa doa, mampu hentikan musibah di dunia!

Ebit berkongsi kisah kereta miliknya yang pancit menerusi Instagram pada Khamis petang.

PENDAKWAH terkenal Ustaz Ebit Lew ditimpa dugaan pada Khamis petang apabila tayar keretanya pancit secara tiba-tiba.

Namun kata Ebit, dugaan yang menimpa dirinya turut membawa rezeki kepada seorang petugas towing yang sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu dengannya.

"Rezeki petang ni. Rahmat Allah. Tayar tiba-tiba pancit terus. Sekali adik towing turun kereta asyik bergambar je. Selalu doa nak jumpa ustaz.

"Tersenyum saya. Kereta ni ramai peminat. Orang lalu je ambil gambar dengan kereta," tulis Ebit di media sosial miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak mimpi dapat begini” - Tiada tangan, tiada kaki... peniaga OKU menangis terima gerai ‘mahal, cantik sangat’ sumbangan Ebit Lew

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak dalam pelukan, peniaga jagung rabun kronik akui bahagia dapat jumpa Ustaz Ebit - “Pakcik ni tak nak apa-apa”

Dalam posting sama, Ebit turut mengimbas kembali kejadian melibatkan seorang pemilik rumah tumpangan yang menangis bertemunya baru-baru ini.

Kata Ebit, dia terpaksa tinggal dia inapan milik wanita terbabit memandangkan misi yang dilakukannya tidak sempat disempurnakan pada hari sama.

"Begitu juga masa nak check in satu rumah baru ini dah lewat. Misi tak selesai kena check in.

Ebit sewaktu proses menunda kereta miliknya pada Khamis petang.

"Dah lewat masuk rumah. Sampai ,owner rumah tu wanita menangis sungguh-sungguh.

"Ya Allah, ustaz saya hari-hari doa nak jumpa ustaz. Tak sangka ustaz yang sewa hari ini," imbas Ebit akan kata-kata wanita itu.

Malah, wanita itu turut memulangkan duit tempahan yang sudah dibayar Ebit secara dalam talian atas niat mahu bersedekah.

Doa boleh hentikan segala musibah dalam dunia ini. Tsunami, gempa bumi, puting beliung, Covid-19, dan lain-lain.

USTAZ EBIT LEW

"Saya memang penat sikit malam tu. Sibuk tak sempat makan dari semalam. Dan bila jumpa orang susah memang sedih. Kadang tengok anak tak sekolah. Bila nak sekolahkan ada masalah pula. Ya Allah. Tapi saya akan selesaikan juga bersama team yang lain.

"Tapi dengar akak tu kata doanya dimakbulkan. Saya tersenyum. Saya pun terus fikir ajaibnya doa. Berbaloi susah sedikit melihat ajaibnya doa orang. Melihat kekuasaan Allah," ujar Ebit.

Tambahnya, kuasa doa sememangnya tidak patut dipandang rendah.

Malah, dia sendiri sudah menyaksikan dan mendengar banyak kisah-kisah lain sebelum ini yang menunjukkan besarnya kuasa doa seseorang.

Kata Ebit, jangan sesekali kita pandang rendah kuasa doa.

"Begitulah selalunya melihat doa orang miskin dan anak yatim. Kadang dah lewat nak balik. Tiba ada dapat aduan tentang orang tinggal di tempat bangunan terbakar dan ditinggalkan. Sekali sampai akak tiada kaki. Anak orang kelainan upaya (OKU).

"Tinggal disitu dah lama. Terus pindahkan akak tadi ke rumah baharu. Kita beri free pada akak tadi. Selepas seminggu akak tadi meninggal dunia.

"Anak yang OKU kata, mak dah solat dan bersyukur. Selama ini dah tak percaya tuhan. Selalu berdoa tapi Allah belum kabulkan. Bila ustaz sampai terus rasa bersyukur.

"Dalam hati saya ajaibnya doa akak ni. Begitulah doa orang yang memerlukan," ujarnya.

Ebit turut berpesan agar kita tidak menganiayai orang lain.

Dalam posting sama, Ebit turut membuat peringatan agar jangan sesekali kita memandang rendah kuasa doa dan dilarang juga menganiayai orang susah dan anak yatim.

"Jangan pandang rendah doa mereka. Jangan aniaya orang miskin dan anak yatim. Jangan pandang rendah pada orang lain.

"Doa boleh hentikan segala musibah dalam dunia ini. Tsunami, gempa bumi, puting beliung, Covid-19, dan lain-lain.

"Siapa maha kuasa boleh tarik semua ini? Hanyalah Allah. Ya Allah selamatkanlah kami semua," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain