Siswa dapat dekan 9 semester hampir mengalah, ayah tak pernah ucap tahniah... selepas 5 bulan meninggal dunia rahsia terbongkar! - Viral | mStar

Siswa dapat dekan 9 semester hampir mengalah, ayah tak pernah ucap tahniah... selepas 5 bulan meninggal dunia rahsia terbongkar!

Tanpa ayah di sisi, ibu kesayangan hadir pada majlis konvokesyen Salman. Foto ihsan Muhammad Salman Abdus Samad

SIAPA tidak gembira mendapat keputusan peperiksaan cemerlang dengan pencapaian Anugerah Dekan setiap semester.

Kegembiraan itu sudah pasti mahu dikongsi bersama insan tersayang, disusuli dengan ucapan tahniah sebagai tanda penghargaan.

Namun tidak bagi seorang pemuda yang mana bapanya tidak pernah mengucapkan tahniah di atas keputusan yang dicapainya setiap semester.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikagumi kerana 7 semester dapat 4 Flat, Neelofa pun offer hadiah... graduan dedah hampir tukar jurusan - “Saya pernah menangis, banyak kali”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau belajar main-main macam mana nak dapat” - Tragis kisah selempang pink... abah sebak, mak merajuk 2 hari

“Ayah hanya kata well done (syabas). Tapi selepas ayah meninggal dunia, bapa saudara beritahu saya, ‘ayah kamu beritahu kami yang kamu dapat dekan setiap semester. Kamu membanggakannya’,” menurut perkongsiannya di laman Twitter.

Perkongsian Salman yang mengundang sebak netizen.

Pemuda berkenaan, Muhammad Salman Abdus Samad memberitahu, bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung ketika usianya 46 tahun pada 2017.

Salman yang berusia 24 tahun itu memberitahu, bapa saudaranya  membuat pendedahan tersebut selepas kira-kira lima bulan bapanya meninggal dunia.

“Ayah saya ni jenis tak tunjuk perasaannya depan anak-anak sama seperti mak, mereka ni biasanya hanya berkongsi dengan ahli keluarga lain atau rakan-rakan.

“Jadi, saya terkejut bila dapat tahu daripada uncle sebenarnya ayah bangga dengan saya... rasa sebak dan terharu,” katanya kepada mStar.

Salman sebak bercampur terharu apabila mengetahui tentang luahan arwah bapanya.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Industri dari Universiti Selangor (Unisel) itu mendedahkan dia pernah membuat keputusan untuk berhenti belajar sebaik bapanya meninggal dunia.

“Ayah ada perniagaan katering yang diusahakan oleh keluarga. Sebagai anak lelaki, saya mahu bertanggungjawab mengambil alih perniagaan ayah.

“Tapi ahli keluarga tak setuju sebab saya dah belajar sampai tujuh semester, hanya berbaki dua semester saja lagi. Keluarga terutama mak dan uncle beri sokongan untuk saya teruskan belajar sampai habis,” ujar anak kedua daripada tiga beradik itu.

Atas dorongan dan sokongan keluarga, anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu berjaya menamatkan pengajian menerusi pencapaian ijazah sarjana muda kelas pertama, dengan pencapaian anugerah dekan untuk kesemua sembilan semester.

Salman menamatkan pengajian dengan ijazah sarjana muda kelas pertama.

Bagi Salman, keputusan cemerlang itu membuktikan kesungguhannya untuk menyambung pengajian meskipun tidak sempat dikongsi bersama bapanya.

“Walaupun ayah tak pernah ucap tahniah di atas pencapaian dekan yang saya dapat, saya sentiasa memaklumkan kepada ayah mengenai keputusan setiap semester sehingga dia meninggal dunia,” katanya.

Ayah saya, dia seorang yang tegas dan penyayang. Walaupun tak tunjuk emosi dia, tapi saya tahu dia sebenarnya bangga dengan anak-anaknya

SALMAN

Sebagai anak lelaki tunggal, katanya, bapanya pernah memintanya untuk menyambung legasi perniagaan selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Tapi saya beritahu ayah yang saya nak sambung belajar, sekurang-kurangnya saya ada latar belakang pendidikan. Saya mahu mengubah status keluarga saya.

“Ayah bukan berpelajaran tinggi, tapi dia tak membantah keputusan saya untuk sambung belajar. Arwah pesan ‘Kalau nak belajar, kena buat betul-betul. Kalau nak main-main, jangan belajar’,” ujarnya yang kini merupakan eksekutif di sebuah bank.

Salman (kanan) menerima penghargaan di atas pencapaiannya di universiti.

Menurut Salman, perkongsiannya itu sekadar mengingatkan bahawa setiap ibu bapa mempunyai cara yang berbeza untuk meluahkan perasaan mereka.

“Macam ayah saya, dia seorang yang tegas dan penyayang. Walaupun tak tunjuk emosi dia, tapi saya tahu dia sebenarnya bangga dengan anak-anaknya,” katanya.

dekan , unisel , semester , ayah , tahniah

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain