suria

Hot spot kemalangan di Lebuhraya Pasir Gudang memang panas! Video gelagat mat rempit disulam bisikan halus ‘ini iktibar’ - “Kawan aku bila tengok side mirror ada Cik Ponti”

Beberapa individu turut ternampak kelibat misteri dalam rakaman video yang tular itu.

INI iktibar. Bisikan halus menyerupai suara wanita itu jelas kedengaran di hujung rakaman video menyeramkan yang dikongsi seorang pemuda  tular di Twitter.

Dalam video berdurasi enam saat itu, pemuda dikenali sebagai Abdurrahman Kunyu sedang merakam gelagat sekumpulan mat motor ketika melalui Lebuhraya Pasir Gudang, Johor kira-kira pukul 3 pagi baru-baru ini.

Sebaik tiba di rumahnya yang terletak di Masai, sebelum tidur, pemuda berusia 22 tahun itu pun berkongsi video itu di InstaStorynya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Akak perasan orang belakang Erin tak ada kepala” - Bahu wanita ini terus ‘berat’, chat tentang Boomerang misteri ter‘delete’ sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki cedera parah keluar suara wanita tua selepas pembedahan - “Ada seseorang muncul waktu Maghrib”

Namun sebaik bangun tidur keesokan paginya, Abdurrahman yang mesra disapa Rahman terkejut apabila ditegur kakaknya mengenai bisikan halus dalam video di InstaStorynya itu.

"Bila saya bangun tu saya pelik sebab tiba-tiba dapat banyak DM. Tapi saya tak dapat detect apa-apa yang mereka tanya. Saya ingatkan mereka tegur suara saya dalam video tu.

Bisikan suara itu kedengaran di hujung video selepas kemalangan berlaku membabitkan sekumpulan mat rempit.

"Sampailah kakak saya sendiri yang tanya... 'weh suara apa dalam story kau tu, kau dengar tak lepas ko cakap merempit-merempit tu ada suara something kat hujung tu. Saya pun terkedu seketika," katanya kepada mStar.

Selepas itu, barulah Rahman berulang kali mendengar suara yang kecoh diperkatakan di hujung video yang dirakamnya itu.

"Saya pun play balik video tu banyak kali. Memang dengar bisikan tu sampai meremang bulu roma saya. Tapi mulanya saya ingat suara tu sebut 'istighfar'.

"Jadi nak dapat kepastian tentang ayat yang saya dengar tu saya pun share video pendek tu dekat Twitter. Tak sangka pula ramai komen. Kawan-kawan saya pun dengar sekali.

"Ramai cakap mereka dengar perkataan 'ini iktibar'. Masa tu barulah saya teringat ayat tu kena dengan situasi mat motor yang terlibat kemalangan semasa video itu dirakam," katanya.

Menurut anak kelima daripada enam beradik itu, dia terkejut kerana bisikan halus itu ada kaitan dengan situasi kemalangan yang dilihatnya pada hari kejadian.

Reaksi netizen selepas terdengar bisikan halus itu.

"Suara tu keluar lepas je sekumpulan mat motor kemalangan. Sebenarnya mat motor tu ada dua team. Macam team yang dalam video dekat InstaStory saya tu mereka tengah tunda motor. 

"Tapi saya dapat detect mereka accident sebab geng kat depan tu bawa motor lawan arus. Bila saya tengok je side mirror saya, saya nampak ada team tunda motor tadi tu dah jatuh berlanggar sesama sendiri.

"Kesimpulannya lepas saya buat story tu on the sport accident tu berlaku. Tapi tak sangka pula suara tu tiba-tiba kedengaran lepas je accident tu," katanya.

Tapi bila dah kena kat diri sendiri memang takutlah. Ada juga kawan-kawan saya DM. 'Dia kata untung kau Rahman dengar suara je, ada kawan aku bila tengok side mirror balik ada Cik Ponti kat belakang seat penumpang'.

ABDURRAHMAN KUNYU.

Jelas Rahman lagi, dia turut menceritakan kisah seram dialaminya kepada bapanya.

"Saya pun cerita kepada ayah pasal suara tu. Ayah cakap kat sana memang kawasan panas. Sejujurnya setiap kali saya syif malam saya akan balik ke rumah guna highway tu.

"Saya perasan setiap kali kerap ada accident. Ada kereta masuk gaung, ada langgar divider, motor terbaliklah. Memang menakutkan," katanya yang bekerja sambilan semasa cuti semester ini.

Abdurrahman Kunyu.

Namun penuntut di sebuah universiti tempatan di Shah Alam, Selangor itu turut mendedahkan ada beberapa individu mendakwa pernah terlihat kelibat pontianak ketika melalui lebuh raya tersebut pada awal pagi.

"Saya ada baca kat tweet. Ramai kata meremang bulu roma tiap kali lalu highway tu. Saya pun baru tahu dan tak pernah fikir benda macam tu.

"Tapi bila dah kena kat diri sendiri memang takutlah. Ada juga kawan-kawan saya DM. 'Dia kata untung kau Rahman dengar suara je, ada kawan aku bila tengok side mirror balik ada Cik Ponti kat belakang seat penumpang'," katanya.

Video perkongsian Rahman di Twitternya mendapat hampir 300,000 tontonan, lebih 18,000 ulang kicau dan 16,100 tanda suka.

Rata-rata netizen meluahkan rasa seram apabila terdengar bisikan halus itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain