“Malam Khamis I free, kalau you nak keluar dengan I” - Biar betul... pelajar IPT selamba ajak Tan Sri kaya keluar dating, guna Twitter je! - Viral | mStar

“Malam Khamis I free, kalau you nak keluar dengan I” - Biar betul... pelajar IPT selamba ajak Tan Sri kaya keluar dating, guna Twitter je!

Tweet Syaz yang cuba 'mengumpan' seorang Tan Sri di Twitter tular di laman sosial.

LUMRAH setiap individu mengimpikan ciri-ciri yang tertentu daripada seseorang yang mahu dijadikan pasangan. 

Bagi wanita, kebiasaannya mereka semestinya melihat kepada budi pekerti selain ada juga yang memilih rupa, pangkat, wang atau kedudukan yang dianggap dapat menjamin masa depan.  

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak malunya, mengemis!” - Remaja dikecam ‘demand’ awek hadiah iPhone11 genap 30 hari bercinta

Begitu juga dengan wanita ini yang mengimpikan seorang lelaki berharta sebagai suami. 

Syaz (bukan nama sebenar) menerusi satu tweet yang dibuatnya secara terang-terangan mengajak seorang ahli perniagaan terkenal di negara ini untuk keluar dengannya.

"Tan Seri S*** A****, kalau you baca, I dah block boyfriend I, so you ada banyak masa sampai lah dia perasan. Malam Khamis I free, kalau you nak keluar dengan I, malam Khamis bila I free," tulisnya. 

Perkongsian pelayar Twitter tular gara-gara tweetnya mahukan lelaki kaya. 

Posting itu meraih lebih dari 4,000 ulang kicau dan 5,300 tanda suka di Twitter. 

Rata-rata netizen mengecam tindakannya, namun ada juga yang sporting dengan hanya menganggap tweet tersebut sebagai gurauan.  

"H***y perangai. 

"Babe, tu bapak I punya kawan hahaha no way okay

"Dia dah ada tiga orang isteri, semoga berjaya jadi yang keempat," komen beberapa netizen. 

Netizen menganggap tweet itu sebagai gurauan, tetapi ada juga yang ambil serius dan mengecam Syaz.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang berusia 22 tahun ini tidak menduga perkongsiannya itu akan tular di laman sosial. 

"Sebenarnya sebelum saya tweet macam ni, dah ada orang lain yang buat dulu. Cuma, dia buat untuk artislah. Contohnya bila Vanessa Hudgens (pelakon Hollywood) putus dengan boyfriend dia, ada yang tweet mention Vanessa cakap macam tu. 

"Zaman sekarang kan orang suka ikut trend, jadi saya pun cubalah buat. Tapi saya tak expect ia akan viral pun sebab saya hanya bergurau," katanya. 

Bagaimanapun, anak bongsu daripada tiga adik beradik ini juga berpendapat bahawa tidak salah untuk seorang wanita mengimpikan pasangan hidup yang mempunyai kewangan stabil. 

Dalam masa yang sama dia tidak menolak hakikat bahawa seelok-eloknya setiap pasangan itu mestilah seimbang supaya tidak ada yang berasa rendah diri. 

Zaman sekarang kan meme tu famous, and orang suka copy copy, jadi saya pun cubalah buat. Tapi saya tak expect ia akan viral pun sebab saya hanya bergurau.

SYAZ (BUKAN NAMA SEBENAR)

"Pada saya, tak salah kalau seseorang tu nak kahwin dengan orang kaya. Saya ada je kawan yang mahukan lelaki kaya, kalau dia yakin boleh dapat, why not ?" katanya.

Dalam pada itu, pelajar jurusan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) ini memberitahu bahawa sesetengah netizen beranggapan bahawa dia tidak layak memiliki lelaki kaya kerana tidak mempunyai rupa paras yang cantik.

"Lepas tweet tu viral, ada je yang DM (direct message) saya marah-marah. Mostly lelaki. Mereka macam cakap yang saya ni tak cantiklah, tak sesuai untuk demand lelaki kaya. 

"Tapi yang kecam-kecam tu pun bukannya kenal saya, mereka cuma kenal online je. Jadi, mereka tahu ke saya tak cantik ke tak? 

Syaz masih bujang dan tidak mempunyai rancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

"Lagi satu, Twitter tu kan kita main untuk suka-suka dan luahkan pandangan. Kenapa nak kena serius sangat?" ujarnya. 

Ditanya mengenai status dirinya, Syaz berkata bahawa dia masih bujang dan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat. 

"Saya tak ada boyfriend pun, tweet tu gurau-gurau je. Apatah lagi nak kahwin. 

"Tapi, ciri-ciri lelaki idaman saya, saya suka orang yang kelakar, berpendidikan dan juga stabil kewangan," tambahnya. 

kaya , stabil , single , dating

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain