TikTok 'Jungkook' Malaysia bikin panas, Army mengamuk kata wajah tak sama sampai nak report - “Hina dari segi apa? Dalam video tak cakap, kapsyen pun tak sebut” - Viral | mStar

TikTok 'Jungkook' Malaysia bikin panas, Army mengamuk kata wajah tak sama sampai nak report - “Hina dari segi apa? Dalam video tak cakap, kapsyen pun tak sebut”

Akid mendedahkan dia memang gemar bermain TikTok sejak dulu lagi.

"EUWWW dia tak sesuai langsung buat rambut macam tu, tak nampak macam Jungkook langsung."

Itu antara kata-kata netizen yang kurang senang dengan tindakan seorang Instafamous yang bermain TikTok dengan berlatarbelakangkan gambar ahli kumpulan BTS, Jungkook.

Malah ada yang menganggap tindakannya itu seolah-olah sengaja menghina bintang K-pop tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai tanya saya Islam ke tak?” - Semua serba tak kena... Instafamous wajah macam ‘oppa’ bingung dituduh bodoh, syok sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat K-Pop bibir pink menyesal seminggu bertopeng di Korea Selatan sebab rasa rendah diri – “Saya akan kembali dengan lebih banyak gambar selfie”

"Dia menghina Jungkook tu, apa lagi report la," tulis Ridwan.

Video TikTok itu dikongsi seorang netizen di Twitter dengan kapsyen 'Holy F*** Jungkook Malaysia my ovary yall' sehingga mengundang pelbagai reaksi di kalangan peminat Jungkook.

Video TikTok Akid menjadi tular di Twitter.

Pemuda tersebut, Ahmad Akid Zulkiflee berkata dia menghasilkan video TikTok itu sekadar suka-suka.

"Sebenarnya saya buat video tu main-main je. Lagipun saya tak ada buat kapsyen kata muka sama macam Jungkook.

"Dekat TikTok ada filter yang boleh letak gambar background. Jadi saya letak je gambar Jungkook. Tak sangka netizen ambil serius benda tu," katanya kepada mStar.

Mesra disapa Akid, pemuda yang mempunyai lebih 500,000 pengikut di Instagram itu kecewa apabila didakwa menghina Jungkook.

"Hina dari segi apa? Semua orang ada minat sendiri. Saya rasa kalau buat report pun Jungkook tengok, dia gelak je.

Antara komen netizen yang kurang senang dengan video TikTok tersebut.

"Dalam video tak ada cakap pasal Jungkook pun. Dekat kapsyen tak de pun sebut langsung nama Jungkook," katanya.

Pada masa sama, Akid berkata dia sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman netizen.

Hina dari segi apa? Semua orang ada minat sendiri. Saya rasa kalau buat report pun Jungkook tengok, dia gelak je.

AHMAD AKID ZULKIFLEE.

Instafamous.

"Sebenarnya netizen memang tak suka bila saya start buat video make up. Saya dah lali, malas nak layan sebab dalam dunia ni tak semua suka kita.

"Tapi saya pantang kalau orang libatkan family saya. Sakit hatilah juga. Bagi saya senang je... block terus," katanya.

Pemuda yang menuntut di salah sebuah universiti tempatan itu turut mendedahkan dia meminati kumpulan BTS tetapi tidak terlalu obses.

Akid mempunyai lebih 500,000 pengikut di Instagramnya.

"Minat kumpulan BTS tapi biasa-biasa je sebab suka tengok cara pakaian mereka. Saya juga minat lagu mereka.

"Lagipun saya minat K-pop juga sebab make up. Tak salah make up selagi tak menyerupai perempuan sebab make up pun banyak jenis," katanya yang bercita-cita mahu menjadi usahawan berjaya suatu hari nanti.

Jungkook , BTS , TikTok , Akid , Instafamous

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain