Tiga tahun hanya mesej di Twitter, nak jumpa punyalah susah sehingga episod drama air mata – “Tak kisahlah siapa ambil langkah pertama” - Viral | mStar

Tiga tahun hanya mesej di Twitter, nak jumpa punyalah susah sehingga episod drama air mata – “Tak kisahlah siapa ambil langkah pertama”

Bermula perkenalan di laman Twitter, Nik Tasnim dan Zulifli disatukan sebagai suami isteri. Foto ihsan Nik Tasnim/Zulkifli Theplak

SEPASANG suami isteri menjadi perhatian di laman sosial gara-gara cabaran ‘The start of the decade dan The end of the decade’, yang menunjukkan transformasi sebelum dan selepas.

Semuanya bermula daripada cabaran media sosial apabila seorang pemuda memuat naik dua gambar yang mana pertamanya memaparkan tangkapan skrin tulisannya di Twitter dengan komen daripada seorang gadis.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada master, 24 jam sebelum nikah wanita ini ditanya kenapa pilih pemandu lori sebagai suami – “Keluarga minta wang hantaran ikut kemampuan, tapi pihak lelaki beri lebih...”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau setakat baru bercinta… tak perlulah tunggu lelaki” - Gadis dilabel ‘tak betul’ gara-gara beli cincin sendiri

“Lampu depan kereta terbakar ni kena call bomba tak,” menurut pemuda itu.

Call saya pun tak apa,” tulis seorang gadis yang kini merupakan isterinya.

Perkongsian yang bermula dari cabaran media sosial.

Suami wanita itu, Zulkifli Theplak, 27, berkata, tulisannya di laman sosial pada 2015 sekadar berjenaka tetapi sama sekali tidak menyangka mendapat respons seumpama itu daripada seorang gadis.

Dia bagaimanapun mengakui mengambil masa untuk mengenali hati budi gadis tersebut, dan komunikasi mereka berlarutan hanya di laman sosial selama tiga tahun.

“Saya ni tak ramai kawan perempuan,  saya agak pemalu orangnya. Kebanyakan tulisan saya di Twitter sekadar suka-suka dan bergurau.

“Tapi tak sangka dia balas macam tu. Dia cantik orangnya, ramai pula yang berkenan dengan dia,” kata anak bongsu daripada tujuh beradik itu kepada mStar.

Nik Tasnim mengakui suaminya seorang yang pemalu.

Gadis yang kini merupakan isteri Zulkifli iaitu Nik Tasnim Nik Hamdani, 24, mengakui suaminya itu di awal perkenalan merupakan seorang yang amat pemalu tetapi kelakar.

“Tiga tahun... tiga tahun ya kami hanya bermesej di Twitter. Saya dapat nombor telefon dia, tapi bila saya call, dia tak nak jawab. Macam-macam alasan dia bagi.

Tiga tahun... tiga tahun ya kami hanya bermesej di Twitter. Saya dapat nombor telefon dia, tapi bila saya call, dia tak nak jawab. Macam-macam alasan dia bagi

NIK TASNIM

“Nak ajak jumpa punyalah susah. Bukan sekali tapi berkali-kali saya ajak dan selepas tiga tahun barulah dia ok nak jumpa saya. Itupun bersyarat kena bawa teman.

“Bayangkan date pertama saya bawa rakan, date kedua kami masing-masing bawa seorang rakan. Date yang ketiga barulah kami berdua saja,” ujarnya sambil menambah selain suka berjenaka, Zulkifli merupakan seorang yang berjiwa seni dan ia dibuktikan menerusi karya puisinya.

Nik Tasnim berkahwin pada September tahun lalu.

Nik Tasnim yang berasal dari Ampang, Selangor bagaimanapun berkata, Zulkifli akhirnya berani mengatur langkah pertama untuk menjadi kekasihnya selepas dua bulan berkenalan.

Sikap penyabar, matang, bertanggungjawab, bijak bertutur kata dan menghormati ibu bapanya membuatkan hati Nik Tasnim terpaut kepada ejen insurans itu.

“Saya rasa dialah orangnya untuk dijadikan suami. Saya jumpa dia dan menangis-nangis ajak dia kahwin,” tambah Nik Tasnim yang kini merupakan suri rumah.

Hubungan kedua-dua mereka saling melengkapi.

Menurut Zulkfli, pada awalnya dia tidak tahu untuk memberikan reaksi yang terbaik di atas ‘lamaran’ yang tidak dijangka itu tetapi situasi tersebut membuatkan dirinya lebih berani.

Sebulan selepas drama air mata itu, Zulkifli mengambil keputusan untuk merisik kekasihnya sebelum bertunang dan mereka kemudian berkahwin pada Mac 2019.

“Tak kisahlah siapa yang ambil langkah pertama dahulu, saya ambil keputusan untuk berkahwin dengan dia sebab dia ada ciri-ciri calon isteri yang saya nak termasuk bertolak ansur, dan kami saling melengkapi antara satu sama lain,” katanya.

date , tunang , kahwin , twitter

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini