Gadis 16 tahun akui perit menangis dalam mimpi ditinggal BF, ada pula buat lawak - “Lagi teruk kalau terkencing dalam tidur...” - Viral | mStar

Gadis 16 tahun akui perit menangis dalam mimpi ditinggal BF, ada pula buat lawak - “Lagi teruk kalau terkencing dalam tidur...”

Mira mengakui sudah acap kali dia menangis dalam mimpi. Gambar Hiasan: 123rf.com.

DALAM menjalani kehidupan seharian, kita sebagai insan biasa pastinya tidak terlepas menghadapi dugaan.

Ada kalanya hidup ini penuh gembira, ada pula masanya kita disulami duka.

Begitu juga dengan perkongsian kesedihan gadis ini yang mana sepotong tweet pendek yang dimuat naik ke Twitter menarik perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru depresi sering menangis sebelum tidur, rasa hidup kosong akhirnya diselamatkan murid sendiri, “Ada syurga di kelasku”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah selalu menangis di Jepun” - Diam-diam ‘anak bertuah’ ini rancang bukan satu, tapi dua kejutan di kampungnya

"Nangis dalam mimpi also another level of pain," tulis Mira Feesa sehingga menerima hampir 15,000 ulang kicau.

Bercerita kepada mStar, gadis berusia 16 tahun itu mengakui terdetik untuk berkongsi tweet berkenaan berdasarkan apa yang sedang dilaluinya.

Malah kata Mira, bukan sekali namun sudah acap kali dia mengalami peristiwa itu.

"Sejujurnya saya baru kena tinggal dengan teman lelaki. Malam-malam apabila overthinking, terbawa-bawa sampai dalam mimpi.

"Saya selalu juga nangis dalam mimpi sebelum ni. Bukan sebab teman lelaki sahaja, tapi ada juga menangis masa tidur disebabkan mimpi hantu.

"Kami baru putus dalam dua atau tiga minggu lepas. Dia tua setahun dari saya dan belajar kat sekolah lain," ujarnya.

Biasanya saya tersedar pukul tiga atau empat pagi. Bila cerita pada kawan, mereka pun bagi sokongan. Mereka faham kerana alami benda sama.

MIRA FEESA

Menurut Mira, dia tidak menyangka perkongsian berkenaan akan menarik perhatian ramai.

Malah, ramai netizen turut berkongsi pengalaman sama dan berjenaka mengenai hal itu.

"Ada yang kongsi pengalaman, menangis dalam mimpi sebab ahli keluarga meninggal dan rindu sebab dah tak boleh jumpa.

"Ada juga yang kata, lagi teruk kalau terkencing dalam tidur. Saya sekadar tweet sahaja, bangun pagi tengok dah viral.

"Macam saya, lepas menangis dalam mimpi, saya akan bangun ambil wuduk, chat kawan-kawan atau saya dengar lagu sedih.

Tweet Mira yang tular di Twitter.

"Biasanya saya tersedar pukul tiga atau empat pagi. Bila cerita pada kawan, mereka pun bagi sokongan. Mereka faham kerana alami benda sama," ujar gadis dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu.

Berikut merupakan antara komen netizen yang bercerita mengenai pengalaman mereka di posting Twitter Mira.

"Masa tumor operation dulu, aku kena full bius then bila sedar nurse cakap aku nangis sampai teresak-esak masa still tidur tu. Sampai sekarang aku tak tahu apa yang aku mimpi.

"Kan weh, lain macam mimpi dia sampai mak aku kejutkan aku menangis teresak kuat sangat.

"Aku penah mimpi sambil nangis sedar basah bantal lepas tu sakit kepala sebab nangis banyak sangat kot," tulis beberapa individu

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan